Pelakon dan penyanyi, Linda Rafar berkongsi tentang rutin hariannya yang sentiasa sibuk bekerja dan menjaga anak di rumah.
Menurut Linda, dia menyukai keseimbangan antara kerja dan menguruskan keluarga.
Apa yang lebih menarik, dia melakukan semua itu tanpa bantuan pembantu rumah.
Perkara itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
“My routine… Send this manja boy to school, so ma can start work, get ready and settle everything latest by 5 pm.
“After that get ready to layan all my boys, balance and thats what I love
“Siapa kat sini superwoman macam Linda? Kerja dan jaga anak-anak sendiri? Tanpa bantuan maid?” tulisnya sebagai kapsyen.
Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan respon positif, ada yang berkongsi pengalaman sendiri, malah ada juga yang memuji kecantikan Linda.
Terdahulu, Linda menerusi perkahwinan pertama bersama Keifli Othman telah dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Rezaril Keiflin, 18 dan Rezaiman Keiflin yang meninggal pada usia 12 tahun pada 2014.
Manakala perkahwinan kedua bersama Syed Aiman adalah pada 2 Disember 2006.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan tiga anak lelaki iaitu Syed Rezaqiib, 11, Syed Rezariiq, 8, dan Syed Rezaliif, 3 tahun.
Sumber: Gempak