Semalam, pelakon dan pengacara Mira Filzah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 32 (ABPBH).
Kemenangan itu sekali gus melayakkan Mira membawa ira membawa pulang hadiah utama berupa sebuah kereta Nissan X-Trail 2.0L Hybrid beserta trofi.
Namun, dalam pada meraikan pemenang, perhatian turut tertumpu kepada persembahan penutup, khususnya gabungan tiga penyanyi bervokal lantang, Idayu, Liza Hanim dan Ernie Zakrie.
Liza Hanim menyanyikan lagu Juara Dusta dari Arif Barhan manakala Ernie menyanyikan lagu Kepuraanmu dari Luqman Faiz.
Persembahan bertenaga itu kemudian ditutup kemas dengan nyanyian Idayu yang membawakan lagu Sumpah dari Naim Daniel.
Persembahan tiga diva Malaysia itu bukan hanya dipuji penonton, malah turut menarik perhatian penyanyi asalnya, Naim.
Menerusi satu posting di Instagram, Naim menyifatkan lagu tersebut dibawa dengan cukup baik, malah rendisi terbaru dipersembahan malam tadi cukup cantik.
“Terima kasih Idayu, Liza Hanim dan Ernie Zakri membawakan lagu Sumpah dengan cukup indah. Terima kasih juga penganjur yang sudi memilih lagu ini untuk persembahan penutup,” katanya.
Menurut Naim, dia tidak menghadirkan diri ke acara itu disebabkan terlalu sibuk di studio untuk penghasilan material baru.
“Saya ucapkan tahniah kepada semua pemenang, sumpah saya sayanng anda semua,” katanya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menganggap Sumpah sebagai lagu berhantu tahun ini.
Selain itu, tidak kurang juga yang mendakwa persembahan itu lebih menarik sekiranya dinyanyikan oleh Naim.
Ini antara komen mereka di posting tersebut:
Sumber: Gempak