“Inilah sebab rumah orang tua ramai lelaki” – Bapa Cadang Bagi Nafkah Anak Makan RM6 Sehari, Rupanya Nak Tambah ‘Cawangan’ Baru

Memberi nafkah buat isteri dan anak-anak sudah menjadi tanggungjawab seorang lelaki tak kiralah ketika dia sedang meng4nggur sekalipun.

Kalau sudah bercer4i, si bapa kenalah lebih bertanggungjawab dalam bab bagi nafkah ni. Jangan jadi seperti seorang bapa ini. Menerusi posting viral di Twitter, seorang netizen berkongsi kisah mengenai seorang bapa yang cadang nak bagi RM6 sehari kepada anaknya untuk makan.

“RM300/month. Seriously?”

Menurut netizen ini, RM6 sehari yang bersamaan dengan RM300 sebulan (termasuk wang keperluan lain) tu sangat tak mencukupi buat anak tersebut. Baginya, RM300 tu hanya cukup untuk belanja seekor kucing saja. Ops!

Rupanya bapa nak tambah lagi satu ‘cawangan’

Mungkin ada yang cakap bapa kepada anak-anak tersebut tak mampu dan dia hanya boleh beri RM300 saja sebulan, ternyata sangkaan anda silap belaka.

Peguam yang menguruskan k3s tersebut menjelaskan yang bapa tersebut cukup dari mampu dan rupanya-rupanya bakal bernikah dengan isteri baru. Pulak… Nikah ada duit, bagi anak makan sampai kena catu sekali makan RM2.

“One of the reason why dekat rumah orang tua ramai lelaki. Ada yang sampai m4ti anak tak tengok dia”

Posting ini telah mendapat komen bercampur b4ur dari netizen. Ada yang masih berpendapat wang nafkah RM300 tu lebih daripada cukup. Manakala ada juga yang fikir inilah sebab kebanyakan bapa dib3nci ketika mereka di usia tua.

Semoga ibu bapa di luar sana mendapat pengajaran daripada kisah ini.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Lobak Merah