“Hadiah untuk isteri tercinta sebab tak mengeIuh ” Chazy Nash Hadiahkan Kereta BMW Untuk Isteri

Selebriti media sosial, Chazy Nash telah menghadiahkan sebuah kereta mewah BMW untuk isterinya, Fatin Morat.

Perkara itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum. Menurut Nash, kereta itu dihadiahkan sebagai tanda penghargaan buat isteri kesayangannya itu.

“Rewards untuk isteri tercinta sebab tak mengeluh dengan kerenah saya, semoga awak menjadi isteri dan ibu yang baik.

“Lupakan iPhone 11 dan saya nak beli Ysuku jangan bermasam muka lagi k, i love you so much @fatinmorat,” tulisnya sebagai kapsyen.

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut Nash meninggalkan respon positif dan turut gembira melihat perkara tersebut.

Tahun lalu, Nash merupakan salah seorang selebriti media sosial yang menyertai cabaran PASKAL24JAM dimana peserta harus mengikuti latihan sebenar di kem Pasukan Khas Laut (PASKAL) selama 24 jam bersama KD Panglima Hitam.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Adakah anda sedia jadi PASKAL?!

A post shared by Chazynash (@chazynash) on

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Saya seorang yang bekerja keras dan tak pernah lelah bekerja. Kadang2 tu saya bekerja sampai sakit lah, punya nak bagi yang terbaik untuk keluarga kan.. biaq saya yang sakit, asalkan isteri dan anak2 sihat dan happy sentiasa. Alah, sakit pun sakit2 manja ja.. isteri belai sikit, sembuh lah. Hehe Haa nak cakap pasal sakit kan, ampa tau dak lung cancer (barah paru2) adalah antara pembunuh paling banyak di Malaysia ni? Lepas tu, selalunya lung cancer ni kita akan dapat tau bila dah tahap tinggi. Tu yang bahayanya pasal lung cancer ni. Saya tau memang banyak rawatan untuk lung cancer ni, tapi saya baru dapat tau yang radioterapi, kemoterapi, targeted terapi dan immunoterapi telah berjaya membuktikan boleh merawat dan memberi banyak manfaat kepada sesetengah pesakit lung cancer. Saya percaya, info ini sangat2 berguna kepada sesiapa yang mengidap penyakit lung cancer ini. So, let’s spread the awareness! For more info boleh la rujuk: https://www.facebook.com/ICanWeWillMY #sponsoredbyMSD #ICanWeWill

A post shared by Chazynash (@chazynash) on

Antara selebriti lain yang turut menyertai cabaran itu adalah Idris Khan, Sean Lee, Joshua Benedict, Daniel Fong, Alif Muhaimin dan Syafiq Ahmad.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Instagram @chazynash via KLPress