Beberapa jam lepas Rihana Oksana muat naik video di IGTV tentang temu bual eksklusif bersama Daily Mail. Dalam temu bual itu Rihana membuka mulut mengenai kemelut rumah tangganya dengan Sultan Muhammad V.
Umum tahu masalah rumah tangganya masih belum ada kesudahan meskipun peguam Sultan Kelantan mengesahkan telah menghantar surat cer4i tal4k tiga kepada peguam Rihana.
“Saya bagi temubual pertama saya untuk jelaskan situasi tentang pencer4ian tersebut. Saya belum jumpa suami saya sejak Disember lepas. Dia menyorok dari saya dan anak kami dan malangnya dia yang cetus kontr0versi ini. Saya nak minta maaf atas perbuatan dia dan saya harap dia akan fikir tentang reput4si dirinya dan hentikan semua perg4duhan ini.”
“Faris, awak adalah seorang bapa dan kerabat diraja. Tolong fikir apa yang awak buat ni.”
Tidak hanya mend4kwa baginda bersembunyi darinya dan anak mereka, Rihana juga dilaporkan menuntut rumah agam bernilai £8 juta (RM41.2 juta) di London serta nafkah anaknya sebanyak £24,000 (RM123,694) sebulan.
Menurut The Sun, perkara itu didedahkan oleh sumber terdekat Sultan Muhammad V kepada Daily Mail baru-baru ini namun tiada pengesahan lagi daripada pihak Rihana.
Selepas enam bulan berkahwin, pasangan ini dilaporkan telah bercer4i. Peguam baginda juga ada mempersoalkan tentang status anak yang bernama Leon itu memandangkan tiada bukti sahih yang mengatakan Sultan Muhammad V adalah bapa kandungnya.