“Saya tak kahwin dengan suami orang,” tegas isteri kepada pelakon, Aman Graseka, Reena Areena yang menafikan d4kwaan sesetengah pihak yang kononnya dia menjadi isteri kedua kepada aktor berusia 52 tahun itu yang dikahwininya lebih setahun lalu.
Katanya kepada MH, dia mulai terkejut apabila ada ahli keluarga yang mulai bertanya mengenai status suaminya itu, sejak beberapa bulan kebelakangan ini.
Lihat siaran ini di Instagram
“Malah ibu saya turut terkejut dengan dakwaan tersebut apabila ada saudara-mara yang mulai bertanya akan sesahihan perkara berkenaan. Pada awalnya saya dan suami tidak ambil pusing sangat mengenai hal itu.
“Akan tetapi lama kelamaan, rasanya saya perlu membuat penjelasan memandangkan hal itu tidak benar seperti apa yang diperkatakan.
“Suami saya sudah bergelar duda lebih 13 tahun lalu, iaitu sekitar tahun 2006 lalu. Malah ketika kami mulai rapat dan bercinta pun, dia kekal dengan status tersebut.
“Selepas berpisah dengan bekas isterinya dan bernikah dengan saya, suami ada menyatakan kenapa perlu pertikai akan perkahwinan ini dan menegaskan dirinya tidak akan kembali kepada isteri lamanya,” kata Reena menjelaskan keadaan.
Ditanya sama ada kisah tersebut sedikit sebanyak mengganggu institusi perkahwinannya, ibu kepada seorang cahaya mata ini cuba untuk relak dan berdoa agar rumah tangga yang dibina kekal selamanya.
“Sekatat ini, kami berdua baik-baik sahaja. Malah suami juga ada menasihati saya untuk tidak mendengar perkara yang bukan-bukan. Cuma saya di sini hanya ingin menjelaskan situasi sebenar.
“Syukur, rakan artis dan kenalan rapat juga banyak memberikan sokongan dan mereka tahu apa yang sebenarnya yang berlaku.
“Saya sering temani suami termasuk di lokasi penggambaran. Jadi tiada isu andai saya berkahwin dengan suami orang sebagaimana yang didakwa,” kata pemilik mana lengkap Nurul Amrina Zamri ini lagi.
Terdahulu, pasangan ini diijabkabulkan dalam majlis ringkas di Masjid Al-Huda, Kampung Padang Geh, Kuala Ketil, Kedah, pada 17 Mac tahun lalu selepas lebih setahun menyulam cinta dan telah dikurniakan seorang permata hati lelaki, Aisyhmir Mateen Shah Aman Shah.
Foto: Instagram Reena Areena
Sumber : Media Hiburan