Pelakon Syatilla Melvin mendedahkan suaminya, aktor Shaheizy Sam sudah dua minggu tidak pulang berjumpa anak-anak kerana tuntutan kerja.
Demi menunaikan permintaan anaknya, Syeriv Samheizy yang merindukan bapanya, Syatilla mendedahkan dia telah membawa dua permata hatinya menaiki kapal terbang ke Sarawak.
Menceritakan pengalamannya membawa dua orang anaknya termasuk bayinya, Sarima Samheizy sendirian menaiki kapala terbang, Syatilla akui ia bukannya mudah.
“Bukan senang nak handle dua orang anak travel,dengan tertingg4l flight lah, apa lah. Penat Tuhan ja tahu.
“Aku usung anak-anak aku sebab nak buat suprise dekat @shaheizy_sam yang dah dekat dua minggu tak jumpa anak-anak dia sebab shooting luar KL.
“Tak gamak nak pis4hkan jauh-jauh, so kita usung la depa bawak jumpa bapa… Syeriv hari-hari tanya wheres bapak, mana bapak…
“Thank you @nina_adlinaa teman aku dan jatuhkan maruah aku. By the way SARAWAK APA BEST? Kita kat sini!” tulisnya di ruangan kapsyen.
Syatilla berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya
Menerusi entri terbabit, dia memuat naik fotonya yang diambil sedang tertidur kepenatan sambil meriba anaknya di dalam kapal terbang.
Entri itu mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata kagum dengan pengorbanan Syatilla sebagai ibu.
Tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman sukar membawa anak menaiki kapal terbang.
Syatillla dan Sam mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata.
Sumber:Gempak