“Terbukak Pintu Syurga Dia Weh” – Netizen Sebak Lihat Anak Buat Kejutan, Hadiahkan Dompet Bonia Yang Diidamkan Mak

Tanyalah mana-mana anak yang soleh, perkara pertama yang mereka nak buat pastinya nak bahagiakan hati ibu bapa mereka kan. Impian admin jugak ni… 

Oleh itu, sama macam anak-anak soleh yang lain, seorang lelaki ini viral di Twitter lepas adik perempuannya memuat naik video dia menghadiahkan sebuah beg dompet kepada ibunya secara kejutan. Alahai sweet sangattt!

“Ini reaksi ibu bila dia dapat dompet kegemarannya” 

Menerusi video tersebut, korang boleh nampak emak kepada netizen bernama Ayu dan abang dia ni tengah mengeluh teringatkan dompet yang dia nampak di kedai Bonia. Kiranya emak mereka ni tengah fikirlah sama ada nak beli atau tak.

Pada mulanya, abang si Ayu ini menghasut ibunya supaya jangan membeli dompet tersebut sebab ia terlalu mahal. Namun dia kemudian tiba-tiba mengeluarkan satu bungkusan kecil yang sudah dibalut cantik dan berikan ia kepada ibunya.

 

Sumber: Twitter

Alahaiiii comelnya ibu dia buat reaksi macam tu. Suka sangat ye makcik dapat dompet idaman! 

Tambah abang kepada Ayu iaitu Ahmad Niezam, ibunya sebelum ni tak pernah pun minta apa-apa hadiah. Sebab tulah dia cadang nak bagi kejutan hadiah tu.

“Seronoknya tengok mak awak happy macam tu” 

Rata-rata netizen memang terharu habislah tengok gelagat anak beranak ni yang sangat menyentuh hati. Siapa yang tak happy bila tengok mak kita sendiri happy kan? Tertunai juga impian seorang ibu.

 

Sumber: Twitter

“Hai. Abang single lagi tak?”

Sikap terpuji abang Ayu ni jugak menarik perhatian gadis-gadis di media sosial nak dijadikan calon suami. Alahai… kejap je ye dah femes di Twitter.

 

Sumber: Twitter

Bertuahlah ye ibunya dapat anak sebaik tu. Semoga kita pun boleh jadi anak yang soleh seperti netizen tersebut. 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

 

Sumber: LobakMerah