Pelakon Balkisyh Semundur Khan mendedahkan ramai peminat yang tidak percaya dengan perubahan dirinya kini yang semakin jelita.
Balkisyh yang dikenali dengan watak Atul dalam drama Mak Cun berkata, dia melakukan transformasi diri itu kerana mahu membina keyakinan diri serta tidak mahu dipandang rendah oleh mana-mana pihak.
“Semalam jalan-jalan kat event di Angsana Mall, Johor Bahru.. Ramai yang tak perasan saya. Ada yang tertanya-tanya Atul ka tu? Termasuk kawan-kawan selebriti, lain benar katanya. Hampa nak tahu kenapa kami transform?
“Sebab saya nak bina keyakinan diri… Sebab saya dah tak nak orang pandang rendah kat saya lagi..Y aa dulu saya memang tak minat nak cantik-cantik ni.. Bagi saya leceh semua tu.. Tapi saya lupa yang saya ni seorang wanita,” tulisnya.
Tambah Balkisyh, pengalaman lalu yang ditempuhinya sudah cukup untuk mematangkan diri.
“Pengalaman yang lepas dah cukup untuk mematangkan diri saya.. Sekarang saya menuju ke dunia kecantikan untuk masa depan saya dan anak-anak yang lebih baik.. Walaupun saya dah transform jadi cantik tapi saya masih tak somb0ng dengan hampa semua kan,” tulisnya.
Balkisyh berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya. Menerusi perkongsian tersebut dia memuat naik foto terbaharunya.
Perkongsian itu bagaimana pun menarik perhatian pengikutnya yang rata-rata menjadikan ia sebagai inspirasi kepada wanita lain untuk menjaga kecantikan.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: Gempak