Ini Keadaan Terkini Bayi Abby Abadi, Suami Turut Kongsi Nama Anak

Menzahirkan kesyukuran apabila menerima perkhabaran gembira dari doktor mengatakan bayinya kini ada peningkatan positif, suami Abby Abadi, Faizal Zakaria menerusi Instagram turut berkongsi nama indah yang diberi kepada Baby D.

Kongsinya, bayi pra-m4tang yang diberi nama itu Muhammad Danial Firman Faizal mempunyai maksud yang indah. Malah lebih menggembirakan, pendrahan paru-paru bayi pra-m4tangnya juga sudah tiada.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Day 7, Baby D Muhammad Danial Firman Faizal indah nama dengan maksud yang indah . Moga Baby Danial terus sihat dan terus kuat…Abah tidak penah jemu mendoakan agar Baby Danial terus sihat dan dipanjangkan umur . Semalam Abah tak tulis apa2 pun sebab tak sihat, tiba2 demam . Sayang Abah, tahu tak mama @abby_abadi112 dah keluar dari hospital semalam…. . Tapi jangan risau Abah & Mama akan sentiasa jenguk sayang….abah dan mama rindukan Baby. . Pagi tadi Abah & Mama ke NICU hantar susu…sempat berbual2 dengan Doc, Baby Danial ada peningkatan positif…pemdarahan paru2 pun dah tak de…syukur sgt2…Allah Maha mendengar semua doa mereka yang sayangkan Baby Danial. . Malam ni, InsyaAllah abah datang jumpa Baby lagi ya…abah rindukan Baby Danial…Abah sayangkan Baby… . Moga Baby terus sihat, terus kuat….ramai yang tak sabar nak jumpa Baby… . Ya Allah..Kau yang lebih mengetahui…Kau yang lebih berkuasa dari segala2nya . Kau tunaikan setiap permintaan ku ini, Kau berikan kesihatan tang terbaik untuk Baby Danial dan panjangkan umurnya . #muhammaddanialfirmanfaizal

A post shared by Faizal Zakaria (@jaiezzany) on

Terdahulu, Faizal memaklumkan anaknya yang lahir pada usia kandungan enam bulan berada dalam keadaan kritiikal akibat daripada pendrahan paru-paru.

Abby selamat melahirkan bayi lelaki pada 27 September lalu pada usia kandungannya enam bulan selepas mengalami ‘turun drah’ kerana bacaaan drah tinggi yang meningkat.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Day 4……Baby D hari ni abah turun tengok baby lagi…Alhamdullilah perkembangan baby terus positif . Mancung hidung Baby D…..mesti ikut abah ni betul tak mama @abby_abadi112 . Baby D dah kencing ya…abah pegang kaki baby terus kencing…Doc kata itu perkembangan baik sgt2…lega hati abah . Baby D dah minum susu mama, InsyaAllah boleh jadi lebih kuat….abah akan hantar susu untuk baby tiap2 jam tiap2 hari….jangan risau baby D akan terus dapat minum susu mana . Baby tiap kali abah jumpa baby, abah akan azan biar baby dengar…abah mengaji untuk baby terus kuat.. . Walaupun kdg kala tu rasa sebak, tapi abah kuatkan juga…abah nk baby dengar betapa nikmatnya kalimah azan… . Ramai yang doakan baby D tiap2 hari, semua nak baby sihat…abah dan mama tak sabar nk peluk baby . Lupa nak bagitahu…Abg Daiyan & Kakak Dayana pun datang ni tapi tak dapat tengok baby…mereka tunggu baby balik rumah nnt ya . Abah dan mama sentiapa doakan baby D agar panjang umur, diberikan kesihatan yang terbaik, abah sayang baby…abah rindu baby . Abah harap baby terus kuat dan kuat….kalau sakit ini boleh ditukar ganti…dah lama abah lakukan… . Ya Allah, aku hamba yang hina dan tidak layak untuk aku meminta dengan Mu, Tapi Engkau Yang Maha Pemurah, Engkau Yang menjadikan Alam ini, Engkau Yang boleh hidupkan yang mati, Engkau yang lebih berkuasa dari segala2nya . Kau tunaikan setiap permintaan ku ini, panjangkan umur baby D, Kau berikan kesihatan yang terbaik untuknya…Kau berikan berita gembira untuk kami dan Kau hindarkan berita kedukaan untuk kami . Sayang Abah…..jangan risau abah tetap bersama baby setiap masa…kerna abah tidak akan jemu untuk perdengarkan azan, alquran untuk baby…biar roh2 kalimah Allah terus bersama Baby D setiap saat dan waktu.

A post shared by Faizal Zakaria (@jaiezzany) on

Abby mendirikan rumah tangga dengan Faizal Zakaria pada 14 Ogos 2015. Abby dan Faizal turut mempunyai dua orang anak angkat bernama Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: Instagram Faizal Zakaria via MH