Sapa masih ingat dengan seorang pelakon kanak kanak ni dulu.. Alah yang chubby2 tu. Maisarah namanya. Antara drama yang pernah di lakonkan masa dia masih kanak kanak & sedang di ulang tayang sekarang ni kat TV3 adalah Drama Bong… Selain tu banyak jugak la drama dia dah berlakon antara yang popular diari ramadhan Rafique.
Maisarah semasa kecil
Kalau dulu kita tengok masih kecil dengan montelnya sekarang dah besar ok. Dah jadi anak dara sunti lagi. Budak ni dulu tinggal satu block dengan aku. Kadang2 serempak jugak masa nak naik lift tapi budaknya kalau kat luar agak kurang mesra dengan orang. Dia macam pemalu sikit. Tengok kita pun macam stranger je. Kalau orang tegur pun dia diam jer. Tu masa dia budak budak la.
Tak tau la dia masih tinggal kat situ lagi ke tidak.. Sebab dah tak pernah terserempak dengan dia mahu abang & adik dia. Bapak dia pun dah tak pernah nampak apatah lagi mak dia sebab aku pun tak berapa kenal mak dia yang mana satu. Di tambah aku ni memang susah nak keluar rumah sangat.. Semakin la aku tak tau la apa perkembangan depa sekeluarga + aku memang tak pernah ambil tahu pun sebenarnya hahahahaha.
Semalam terjumpa Facebook budak Maisarah ni.. Dah remaja budaknya. Muka pun dah berubah apatah lagi gayanya tapi tak ada la over sangat. Ok la.. Kategori tak menjolok mata sangat la. Tak nampak sosial sangat budaknya. Maybe budak baik Maisarah ni kan? Mesti korang nak tengok wajah terkini Maisarah bila dah meningkat remaja.. Ok.. ok.. jom tengok kat bawah
Selebihnya kalau nak ikuti perkembangan Maisarah ni boleh ikuti di facebook dia Mysarra Syahfiedzrien.
Dah besar ni tak nampak dah kan Maisarah berlakon. Almaklum la pelakon remaja sekarang ramai berbanding pelakon kanak kanak. Selalunya pelakon kanak kanak bila dah meningkat dewasa akan beralih ke bidang lain kecuali yang masih aktif dalam bidang seni. Mungkin ada kot Maisarah berlakon ke hapa cuma aku je tak nampak. Manatau keluar drama dia kat astro ke hapa. Almaklum la kami tak langgan astro katanya. hehehehe
Maisarah turut membintangi Telefilem Hari Raya : Kuih Goyang Seha 10 tahun lalu…
Barisan pelakon2 KUIH GOYANG SEHA & Jurumekap ELLE..
Apabila hampir menjelangnya Hari Raya, yang pasti ramai produser akan berlumba -lumba untuk menjalankan penggambaran drama TV yang memaparkan kisah masyarakat Melayu yang akan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang mana, ada yang akan memilih jalan cerita yang akan membuatkan penonton menitiskan airmata dan ada jugak yang akan memilih jalan cerita yang akan membuatkan penonton ketawa terbahak bahak menonton drama khas ini sambil menikm4ti juadah hari raya umpamanya kuih bahulu yang sedap sesangat apabila dicicah dengan kopi O panas (hehehe, saja aje nak nyakat kengkawan yang sedang berpuasa tu)…
Sebenarnya sepanjang penglibatan aku sebagai pelakon, inilah kali pertama aku menjayakan drama yang mengisarkan tentang Hari Raya dan digandingkan pulak dengan bintang2 cilik yang comel seperti Maisarah (dah lama teringin nak berlakon dengan sicomel ni selepas menonton lakonan selambanya dalam Diari Ramadhan Rafiq) dan hero Hikayat Putera Shazlan ni…
Kali ke2 bergandingan dengan Rozita Che Wan sebagai suami isteri dan juga dengan kehadiran Nabil sebagai adik ipar yang kononnya telah berjaya diseberang sebagai pelakon sinetron yang pulang untuk berhari raya bersama keluarga, pasti akan dapat menarik minat penonton untuk menonton drama semi komedi ini yang akan ditayangkan di TV3 pada hari raya akan akan menjenguk kita tidak lama lagi…
Mengisahkan tentang suami isteri (aku & Rozita Che Wan) yang menghadapi masalah untuk balik ke kampung siapa pada hari raya nanti dan sepatutnya pada tahun ini, mereka mesti pulang ke N.Sembilan kampung sisuami tetapi disebabkan adiknya siisteri (Nabil) yang akan pulang berhari raya dari Indonesia ke Penang telah menyebabkan konflik dalaman di antara mereka sehingga terpaksa menjalankan ‘pilihanraya kecil’ bagi menentukan pemenang untuk memilih balik ke N.Sembilan ke atau ke Penang…
Bagi kengkawan yang mahu tahu kesudahan drama ini, jangan lupa untuk saksikan KUIH GOYANG SEHA pada hari raya nanti di TV3 dan selamat berpuasa!
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Foto: fb Mysarra Syahfiedzrien..
Sumber : lekatlekit/eizlanyusof via NewsKini