“Dah pregnant ke?” – Fattah & Fazura Kongsi Nama Anak Mereka

Bagai pinang di belah dua. Itulah yang boleh kita boleh gambarkan apabila melihat pasangan merpati dua sejoli ini, Fattah Amin dan Nur Fazura. Kasih sayang di antara pengantin baru ini boleh dilihat saat tangan si suami tak lepas-lepas daripada merangkul jemari si isteri ketika mereka berdua bersama-sama.

Sumber: Instagram

Melihatkan kemesraan kedua-duanya, netizen dan peminat mula tertanya-tanya. Adakah Fattah dan Fazura bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi? Menerusi mStar, Fattah telah mendedahkan dua nama anak yang telah dipilihnya ketika mereka menunaikan umrah di Mekah tidak lama dulu.

Dua nama itu ialah Fatimah Aishah bagi anak perempuan dan Fath pula bagi anak lelaki. Wah sedapnya nama-nama cadangan Fattah!

“Kalau anak perempuan Fatimah Aishah, nanti kalau tengok filem Ayat-Ayat Cinta 2 ada nama watak itu.

Kalau lelaki pula saya pilih Fath iaitu ada nama Fattah dan Fazura.”

Sumber: Instagram

Hal ini didedahkan Fattah semasa sesi temubual di Johara Pagi Era pada awal pagi tadi (Selasa) untuk mempromosikan drama terbaharunya yang berjudul My Coffee Prince di Astro.

Buat masa ini, Fattah menjelaskan bahawa dia sedang berehat daripada sebarang komitmen kerja dan bakal berbulan madu bersama Fazura ke United Kingdom tidak lama lagi sebelum menjelang persiapan resepsi yang bakal diadakan pada Januari depan.

Sumber: Instagram

Sementara itu, netizen yang terkejut dengan pendedahan nama-nama anak tersebut cukup teruja untuk mengetahui sama ada benar Fazura dan Fattah bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi ataupun tidak.

“Dah pregnant ke?” tanya seorang netizen tidak percaya.

“Wahhh, kalau betul tahniah #Fattzura. Semoga berbahagia.”

“OMG betul ke ni. Saya suka pasangan ni, moga berita ini benar!”

“Dah ada nama. Bolehlah buat Instagram anak dah,” kata seorang netizen lagi.

Pun begitu, melalui sesi temubual tersebut Fattah tidak menjelaskan sama ada Fazura benar-benar sedang h4mil ataupun tidak.

Marilah kita doakan yang baik-baik buat mereka. Kalau dah ada rezeki awal, Alhamdulillah. Tak sabar nak tengok Fattah dan Fazura junior!

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Salaam Ramadhan Kareem dan salaam Nuzul Al-Quran. Gambar ini mengungkap lebih sejuta makna tanpa nukilan sebarang kata-kata. Gambar ini menyerlahkan kemesraan seorang raja yang berjiwa besar dengan rakyat yang menyanjung baginda. Gambar inilah antara kenangan yang akan sentiasa terpahat di hati ini. Hati yang meratapi padamnya obor dan perginya payung negeri Darul Makmur dalam bulan yang mulia ini. Perginya seorang raja meninggalkan jasa bakti dan panduan berguna kepada rakyat, perginya seorang raja yang telah menaungi negeri selama lebih empat dekad. Faz sebagai warga Pekan, Pahang berasa amat dukacita dengan kemangkatan Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Muadzam Shah pada hari ini. Antara nilai-nilai hidup yang Faz amalkan hasil mengamati Almarhum termasuklah bekerja keras, prihatin dan sentiasa membantu mereka yang memerlukan. Faz merafak sembah takziah kepada Kerabat DiRaja Pahang dan mendoakan agar roh Almarhum ditempatkan dikalangan mereka yang terpuji. Al-Fatihah. 💐(Photo credit to owner)

A post shared by Nur Fazura (@missfazura) on

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber  : lobakmerah