“Seperti Ada Yang Memandang, Suara Seperti Dikunci,” – Fieya Julia Dedah Alami G4ngguan Misteri

Penyanyi Fieya Julia mendedahkan antara mengalami g4ngguan misteri yang dialami sepanjang berada dalam saingan Big Stage 2019.

Menurut Fieya, perkara tersebut dialaminya beberapa kali hingga menyebabkan persembahannya terjejas.

“Ketika minggu pertama saingan, saya berada di belakang pentas dan ketika itu saya berseorangan. Saya ada nampak seperti ada entiti yang dalam keadaan mencangkung pandang saya.

“Tak berapa jelas sebabnya saya seorang yang rabun, kadang benda biasa pun saya rasa ia ‘benda tu’. Mungkin overthinking juga…Terus gement4r jadi hilang fokus,” katanya jujur.

Malah, situasi menyeramkan turut dirasainya saat mahu pulang ke rumah sejurus selesai saingan separuh akhir Big Stage.

“Jujurnya, pada saingan separuh akhir pun, saya ada ternampak seperti seekor anjing BuIId0g yang berada di tepi jalan. Saya ada bercerita hal sama kepada pengurus juga, tetapi dia tidak percaya.

“Ia berada di tepi jalan sewaktu pulang. Ia seakan-akan Bulldog yang tidak berbulu…berwarna coklat dan duduk mencangkung. Saya tengoknya sekilas panjang,” akui Fieya.

Ditanya mengenai apakah reaksinya apabila pendedahan terdahulu yang kononnya dia ada menerima g4ngguan sepanjang bersaing di program berkenaan, Fieya ada jawapan sendiri.

“Jujurnya sebelum ini saya juga tidak percaya akan perkara-perkara sedemikian. Apa pun, saya rasa mahu ikhtiar untuk pergi berubat, cuma belum berkesempatan.

“Ramai juga yang meminta saya untuk berbuat demikian. Ini cerita betul, saya bukan reka,” tegasnya yang turut mengakui seorang yang lemah semangat.

Pada masa sama, penyanyi yang kini muncul menerusi single terbaru, Jangan Gil4 turut mendedahkan peti suaranya seakan-akan dikunci ketika mahu membuat persembahan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Alhamdulillah, rezeki masih diberi peluang ke minggu seterusnya. Saya minta maaf jika banyak kekurangan diatas persembahan saya semalam🙏🏻 Terima kasih kepada semua yang menyokong saya. Tak berhenti vote saya. Saya harap korang semua akan terus support saya walaupun suatu hari nanti saya terjatuh. Saya hargai semuanya. Terima kasih kepada semua juri🥰 Dan kepada Dato @ctdk , tokti dh bagi pilihan lagu yang terbaik buat Fieya. Fieya suka lagu ni. Terima kasih my cintahati @sejalibolhi65 berkat doamu, dan minta maaf sebab tak bagitahu pasal performance ni sebab taknak bapak sedih. Thanks to @officialmafieya yang datang auditorium untuk support Fieya. Loveyouguys!💞 ______________________________________________________ Outfit : @armacouture Makeup : @khaibaha Stylish : @liazailia & @reanruddean Photographer : @rizone_zafran _____________________________________________________ #bigstage2019 #bigstage #fieyajulia #kamudankenangan #coversong #fieyajuliabs19 #mafieya #ariesmusicpro

A post shared by Fieya Julia (@fieyajulia) on

“Saya sendiri tak tahu apa puncanya. Boleh dikatakan setiap minggu saya tidak berapa sihat.

“Misalnya ketika saya mahu membuat persembahan, peti suara saya seperti ‘dikunci’. Memang tak boleh, kalau nak nyanyi rasa macam s4kit,” kata Fieya yang sebolehnya tidak mahu percaya dengan hal-hal yang di luar akal.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

“Seperti ada yang memandang dalam keadaan mencangkung,” – Akui lemah semangat, ternampak kelibat meragukan #MHnews #MediaHiburan

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: