[GAMBAR] Inilah Wajah Anak Mat Dan Kacukan England Dan Terengganu Yang Terlajak Comel

Mohammad Kareef Daniel bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Mat Dan merupakan seorang pengembara dan pengacara kelahiran England yang berwarganegara United Kingdom dan sudah menetap di Malaysia sejak tahun 2009. Dia mula menetap di Malaysia selepas pengembaraan beliau ke Pulau Kapas. Mat Dan lelaki England yang petah bercakap melayu Teranganu tular sebelum ini di media menjadikan dia sangat unik sebab sangat pandai berbahasa dan berdielek terenganu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Zayne nk naik kapal terbang mane 1 ni…🤔

A post shared by Mat Dan (@mat_dan1) on

Dia juga telah berkahwin dengan Nadifa Adnan gadis berasal terenganu pada 2017 juga telah menjadi tumpuan media pada masa itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Missing you both…😍

A post shared by Mat Dan (@mat_dan1) on

Sekarang, Mat Dan sudah pun di kurniakan seorang anak lelaki kacukan. Wah sangat comey Muhammad Zayne Danial James Tyler sekarang berusia 8 bulan. Jom admin kongsikan sedikit gambar comey anaknya. Zayne pun ada ig juga boleh follow nanti

Zayne dah dapat job tau, 1st job bulan february nanti di keluarkan. Wah, semoga sentiasa di murahkan rezeki Mat dan sekeluarga.

Zanye bersama Atuk

Zayne bersama nenek

Wah, memang comel betul zayne bersama nenek dan atuk. Besar nanti mesti kacak seperti ayahnya.

Atuk dan nenek tak sabar jumpa cucu

“KAMI sekeluarga memang tak sabar melihat cucu kedua, maklumlah dia berdaa rah kacukan Melayu,” kata Nicola Tyler, 54, ibu kepada Muhammad Kareef Daniel Abdullah, 29, atau lebih dikenali Mat Dan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Zayne’s 3rd time ti Pulau Kapas, Daddy’s 2nd home…♥️ . Beach boy in the making…

A post shared by Mat Dan (@mat_dan1) on

Nicola bersama suaminya Kevin Tyler, 60, dan anak bongsunya, Will Tyler, 25, ditemui pada majlis kesyukuran dan cukur jambul anak Mat Dan, Muhammad Zayne Danial James Tyler yang berusia 55 hari di rumah ibu mentuanya di Kampung Bukit, Kuala Terengganu, semalam.

Ibu kepada jejaka Inggeris yang fasih berbahasa Melayu dialek Terengganu itu berkata, dia teruja apabila mendapat berita mengenai kelahiran cucu keduanya itu pada 5 Mei lalu.

“Jika diikutkan, kami sekeluarga ingin terus ke Terengganu pada hari itu untuk melihat cucu, tetapi dihalang Mat Dan.

“Dia (Mat Dan) mencadangkan kami datang pada majlis cukur jambul supaya dapat merasai suasana majlis yang biasanya dianjurkan untuk menyambut kelahiran bayi di sini.

“Kami tiba di Terengganu pada 22 Jun lalu dan akan pulang ke London pada 7 Julai ini. Jadi kami punya banyak masa untuk dihabiskan bersama cucu,” katanya.

Sementara itu, Mat Dan berkata, dia masih belajar mengenai penjagaan bayi, tetapi kian dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan sebagai bapa.

“Mulanya bimbang untuk menghadapinya kerana pertama kali menimang cahaya mata, tetapi selepas lebih sebulan menjaga Zayne, saya berasa seronok pula.

“Cuma rehat tidak cukup seperti dulu, saya pula menjaga Zayne pada waktu malam, setiap satu hingga dua jam sekali Zayne akan bangun menyusu selain menukar lampin,” katanya.

Menurutnya, dia dan isteri, Nadifa Adnan, 29, teruja membuat persiapan baju raya untuk anak dan mereka ada membelinya secara atas talian selain membuat tempahan khas.

“Tahun lalu saya beraya sebagai seorang suami dan pada tahun ini hari raya semakin lengkap dengan kehadiran Zayne,” katanya.

Katanya, majlis cukur jambul itu lebih berseri dengan kehadiran keluarganya termasuk adik bongsunya dari England.

“Ibu dan ayah memang mahu datang lebih awal untuk melihat cucu berdaa rah campuran mereka, tetapi saya sarankan kepada mereka untuk datang ketika majlis cukur jambul.

“Saya dan isteri seronok melihat bapa, ibu dan adik teruja bermain dengan Zayne dan bercadang untuk membawanya ke London pada Disember ini,” katanya.

Sebelum ini, personaliti popular, Mat Dan dan isteri, Nadifa Adnan menimang cahaya mata lelaki sulung seberat 2.7 kilogram pada 5 Mei di Hoss pital Pakar Salam.

Perkara itu dikongsi Mat Dan atau nama Islammya, Kareef Danial yang juga pengacara program, Mat Dan Kaki Jalan di laman Instagramnya, pada 12 Mei.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDunia

Sumber: MemoriKini