Saya sudah dirisik keluarga , Tapi atas permintaan keluarga kami rahsiakan.

PELAKON Zara Zya, 34, mengesahkan sudah dirisik keluarga kekasihnya yang juga pelakon Hafreez Adam pada 8 September lalu.

Namun, kedua-dua mereka memilih untuk merahsiakan hal itu atas permintaan keluarga kedua belah pihak.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Selamat malam ❤️ . . #alhaalindreams . . Dress : @syafieq_ayman

A post shared by Zara Zya (@zarazya) on

“Keluarga Hafreez sudah datang berjumpa keluarga saya untuk merisik pada 8 September lalu.

“Semuanya berjalan lancar dan atas permintaan keluarga, kami terpaksa adakan secara tertutup dan tidak umumkan mengenainya,” katanya kepada Harian Metro.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Sshhh. I’m FabuLash ❤️ @fabulash.my

A post shared by Zara Zya (@zarazya) on

Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin turut memaklumkan dia dan Hafreez akan bertunang sebelum melangsungkan majlis pernikahan.

“Kalau ikut perancangan, Insya-Allah akan ada majlis pertunangan. Apa-apa, kami akan maklumkan kelak,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Don’t forget to tell your mom how much you love her, every day. 😊🤘🏽

A post shared by Hafreez Adam (@hafreezadam) on

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Dekat ig dia, dia post lah gambar senyum. Ni haa behind the scene nya. 😂

A post shared by Hafreez Adam (@hafreezadam) on

Zara dan Hafreez mula rapat dan bercinta pada 2017 ketika kedua-duanya membintangi drama bersiri Mona Lisa.

Sumber: Harian Metro