Menjerit… Panggil Orang ‘Oii’, Aziz Hantar Anak Ke Sekolah Antarabangsa

PETALING JAYA: Penerbit dan pengarah filem Aziz M Osman ada sebab tertentu memilih untuk menghantar anak bongsunya iaitu Puteri Nur Azzahra yang kini berusia enam tahun ke sekolah antarabangsa.

Aziz, 55, berkata, selain berkemampuan, dia juga mahu anak perempuannya itu dikelilingi oleh persekitaran yang positif.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Thank you @aiffa_official @pfmproducers @tourismsarawak for having me in such a prestigious and memorable film festival. Congrats to winners.

A post shared by Aziz M.Osman (@azizmosman) on

 

“Ada rezeki untuk hantar di ke sekolah antarabangsa, jadi apa salahnya kita memberi pendidikan yang terbaik untuk dia.

“Saya mahu dia berada dalam persekitaran yang betul dan positif. Ada suatu ketika ibunya berdepan dengan situasi negatif melibatkan rakan-rakan dan dia tidak boleh terima. Ia disebabkan dia dikelilingi persekitaran yang positif,” ujarnya kepada mStar Online.

Aziz diminta mengulas tentang trend kebanyakkan selebriti menghantar anak-anak di sekolah antarabangsa berbanding sekolah bantuan kerajaan.

Sementara itu, Aziz berkata, dia juga mempunyai pengalaman yang kurang baik selepas menghantar anaknya itu ke sekolah awam.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

3 hari berturut turut dinner cheese naan sbb isteri mengidam, akhirnya jumpa yg terbaik di #RSMY kat Danau Kota. Boleh repeat 😍👍🏼

A post shared by Aziz M.Osman (@azizmosman) on

 

“Sebelum masuk ke sekolah antarabangsa saya pernah hantar dia ke sekolah biasa. Saya lihat ada perkembangan yang tidak baik, dia pandai menjerit dan memanggil orang dengan perkataan ‘Oi’.

“Saya tidak salahkan budak-budak itu, tapi ibu bapa dan cara mereka dibesarkan itu membentuk mereka bagaimana,” ujarnya.

Katanya, sebagai ibu bapa, dia mahu memberi yang terbaik dan merancang masa depan anaknya ke arah lebih baik.

Sementara itu, bercakap tentang laman sosial, Aziz berkata, sebagai bapa dia memberi kebebasan dengan kawalan terhadap anaknya terdedah dengan dunia sosial.

Puteri Azzahra atau lebih dikenali sebagai Ara Aziz itu kini memiliki lebih 100,000 pengikut di laman sosial turut memiliki peminat tersendiri.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Kawan gaduh🌸 @araaziz

A post shared by Aziz M.Osman (@azizmosman) on

 

“Saya beri kebebasan namun memimpin dia dalam melakukan perkara-perkara yang dia suka.

“Kalau kita larang dia akan member0nt4k dan cari alternatif lain. Ia lebih memb4hay4kan, lebih baik kita beri sahaja apa dia mahu tapi dengan cara yang betul,” ujarnya.

Aziz berkahwin dengan Puteri Lily Lokman pada 6 Jun 2010. Dia turut mempunyai enam cahaya mata menerusi tiga perkahwinan sebelum ini.

Aziz dan anaknya Ara akan menjayakan program baharu berjudul Oh My Family!. Program ini turut menampilkan gelagat anak-anak Datuk Fazley Yaakob, Rita Rudaini, Azad Jazmin dan Aaron Aziz.

Ia bakal bersiaran di saluran Astro Ria (104), Astro Ria HD (123) dan Astro Ceria (611) pada setiap Rabu, pukul 9 malam bermula 11 April depan. – SL

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Insyaa Allah saya akan kembali mengarap filem komedi dimasa terdekat…

A post shared by Aziz M.Osman (@azizmosman) on

 

Sumber : mStar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!