Ketika musim konvokesyen berlangsung, masing-masing tidak terkecuali untuk memuat naik gambar pada hari tersebut.
Rata-rata para graduasi mempamerkan kejayaan mereka setelah berhempas pulas selama bertahun-tahun menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar.
Tidak terkecuali bagi seorang gadis, Amira Natasya yang juga memuat naik beberapa keping gambar ketika majlis konvokesyennya di Univeristy of Auckland, New Zealand baru-baru ini.
Graduated with Bachelor of Commerce Majoring in Accounting and Finance at University of Auckland, New Zealand 🎓 pic.twitter.com/EzXtPUyldF
— Tasya (@tasyajohari) October 7, 2019
“Memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perakaunan dan kewangan di University of Auckland, New Zealand,” tulisnya.
Gambar tersebut juga kelihatan bergambar bersama ibu bapa dan keluarganya turut hadir bagi meraikan kejayaan gadis yang berasal Ipoh, Perak itu.
Menerusi ruangan komen di laman Twitter, beberapa pengikutnya telah memberikan ucapan tahniah dan mengakui bahawa gadis berusia 22 tahun itu bukan sahaja memiliki rupa paras yang menawan malah turut cemerlang dalam pembelajaran akademiknya.
Namun tidak kurang ada juga segelintir warganet memuji busana gadis yang lebih dikenali sebagai Tasya dimana dia tampil memakai baju dress berwarna kuning keemasan yang dibeli di sebuah butik secara atas talian.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: Amira Natasya via klpress