Rasanya dah lama juga kita tak dengar cerita tentang Datuk Seri Aliff Syukri dan isterinya, Datin Seri Shahida Abdul Rashid. Tapi kalau korang perasan, sejak akhir-akhir ni kedua-dua pasangan suami isteri sering upload gambar dengan caption yang sedih di Instagram.
Perkara ni seakan-akan menggambarkan masalah dan rasa sedih mereka berdua atas apa yang berlaku dalam perkahwinan mereka.
Bonda Rozita beri bayangan Aliff dan Shahida ada masalah rumah tangga?
Namun menerusi perkongsian di Instagram Bonda Rozita, ibu kepada Aliff Syukri ni seakan-akan mengiyakan bahawa pasangan suami isteri ni memang sedang menghadapi masalah.
Menurut Bonda Rozita, Aliff ada mengajak isterinya untuk terlibat sama dalam penggambaran bagi saluran Youtube Oh Abang Kosmetik. Namun Shahida dikatakan menolak dan Aliff telah memar4hi isterinya kerana ‘banyak ragam’.
“Bonda memang mak yang terbaik… malah menjadi mertua yang hebat. Bukan semua orang merasa mertua baik macam ni”
Posting yang dimuat naik Bonda Rozita ni telah mendapat perhatian netizen ramai kerana kemuliaan hatinya yang sentiasa menasihati anak dan menantu dalam soal perkahwinan.
Ramai di kalangan netizen mendoakan supaya perkahwinan Aliff dan Shahida kembali pulih dan Aliff mendengar segala nasihat daripada ibunya.
Marilah kita doakan semoga hubungan Datuk Aliff dan isterinya baik-baik sahaja. Tok Aliff dengar lah cakap emak tu… Orang tua lebih makan garam.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Lobak Merah