Pelakon Che Puan Juliana Evans mendedahkan dia masih aktif memerah susu badan, sekurang-kurangnya sehari dua kali ketika berada di tanah suci Makkah.
Namun begitu, dia tidak dapat membawa pulang susu tersebut untuk anaknya, Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah yang baru berusia tiga bulan.
Menurut Juliana, susu tersebut akan didermakan kepada sesiapa yang memerlukan di sana.
“Ada yang bertanya, apa yang saya lakukan dengan susu badan saya ketika travel.
“Sebenarnya saya masih ‘pump’ susu sekurang-kurangnya sekali atau dua kali sehari.
“Kemudian saya simpankannya di dalam peti sejuk dan sebelum saya check out dari hotel, saya cuba dermakannya dengan bertanya sesiapa yang memerlukan atau mencari bank susu,” katanya.
Juliana berkongsi perkara tersebut menerusi InstaStory di Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian itu dia memuat naik foto alat memerah susu.
Juliana baru sahaja melahirkan puteri sulungnya pada 12 Julai lalu.
Pelakon itu mendirikan rumah tangga bersama Tengku Shariffudin Shah Tengku Shah Al-Hajj pada 30 April 2017
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber:gempak