Ibu kepada pengacara dan usahawan Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed menyampaikan ucapan tahniah kepada anak kesayangannya yang menerima anugerah Entrepreneur menerusi Influencer Awards 2019 Monaco yang berlangsung di Monte Carlo, Monaco beberapa hari lalu.
Kartini mendedikasikan ucapan istimewa dan mencoretkannya di salah sebuah entri Instagram miliknya.
“Masya-Allah Tahniah.. Syukur Ya Rabb dengan karuniamu Masya-Allah tiada kata yang dapat diucapkan hanya mampu bersyukur pada yang Esa..
“Janji Allah sesiapa yang membahagiakan orang tuanya, yang menghormati dan menyayangi mereka maka ganjaran Allah tidak terbatas untuknya.. @neelofa anak yang sentiasa menjaga hati mamanya, menghormati dan membahagiakan saya setiap masa,” kongsinya.
Tambah Kartini yang memanggil Neelofa dengan panggilan manja Love, anaknya itu merupakan seorang yang taat kepada ibu bapa dan penuh dengan rasa kasih sayang.
“Apa yang dilakukan selalu di katakannya Love buat untuk mama.. Masya-Allah inilah yang dikatakan sejuk perut ibu mengadung.. Anak yang taat penuh kasih sayang..
“Mama love you dan selalu bangga dengan Love.. Moga Allah qabulkan segala doa Love, capaikan segala hajat Love dan sempurnakan segala cita-cita Love,” kongsinya lagi.
Kartini juga sempat menitip ucapan selamat pulang ke Malaysia untuk Neelofa yang sudah 32 hari mengembara di luar negara atas urusan kerjaya.
“Selamat pulang ke Malaysia Love, moga Allah karunia barokah dan rahmah sepanjang perjalanan pulang dengan sihat dan bahagia juga di angkat darjat Love setinggi tingginya… Amiin Allahumma Amiin,” tulisnya lagi.
Influencer Awards 2019 Monaco merupakan penganjuran kedua selepas diadakan dengan jayanya pada tahun lalu.
Anugerah ini direalisasikan oleh Pauline Ducruet iaitu anak sulung kepada Puteri Monaco, Puteri Stephanie dan beberapa individu lain seperti Lolita Abraham, Maxime Giaccardi dan Thomas
Antara pemenang pada majlis tersebut termasuklah blogger fesyen dari Perancis, Caroline Receveur (kategori Lifestyle) dan jurumekap Kim Kardashian, Mario Dedivanovic (kategori Make-Up Artist influencer).
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: Gempak