“Tolong Delete, Jangan Malukan Suami Sendiri Please” – Datin Shahida Dedah Kisah Mereka

Isteri usahawan kosmetik senasi, Datuk Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida ada mendedahkan kisah percintaannya bersama suaminya itu menerusi Instagram, semalam.

Menurut Shahida, hubungan mereka bermula apabila Aliff terlebih dahulu ‘menguratnya’. Namun, ia dinafikan si suami.

Walaubagaimanapun, perkara tersebut itu terbongkar selepas Shahida terjumpa foto mereka di dalam suami saat mereka sedang berkawan.

“Lelaki ni bila dah kahwin suka x mengaku dia yg suka kat kita..semua nya kita lah yg mengorat dia.

“Ni bukti @aliffsyukriterlajaklaris yg mengorat saya sebab saya nampak gambar ni dlm bilik dia waktu tu kita orang kawan2 je.

“Dah terbukti siapa yg mengorat siapa!! jgn x mengaku…admire dalam diam nampak,” tulisnya lalu diselangi dengan komen netizen yang rata-ratanya terkejut dan terhibur.

Lebih menarik, ruangan komen turut terselit reaksi Aliff sendiri.

Terdahulu, pasangan usahawan ini mendirikan rumah tanga pada Ogos 2007. Setakat ini, mereka telah dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, 10, Qadejah El Zahra, 8, dan Ibraheem Adham, 6 dan Yusoff Al Qardawi, 1.

Aliff dan Shahida yang kini sarat hamil turut menjaga seorang anak angkat iaitu Ameena yang kini berusia dua tahun.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

semua pose ikut arahan tunjuk gigi… @yusoffalqardawi_terlajaklaris je kekwat sikit😅

A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on

Biodata Dato Aliff Syukri

Dato’ Sri Aliff Syukri bin Kamarzaman, SSAP, DIMP (lahir 3 April 1987) merupakan salah seorang anak kepada pengasas produk kosmetik Sendayu Tinggi, Rozita binti Ibrahim.[Penjelasan diperlukan] Beliau mula terlibat dalam dunia perniagaan sejak berumur tujuh tahun sewaktu tinggal bersama neneknya di Sabak Bernam, Selangor.

Kehidupan awal

Beliau dilahirkan di Felda Kechau, Kuala Lipis, Pahang pada 3 April 1987. Pada mulanya, beliau telah berpindah dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sg. Besar, Selangor. Kemudian, beliau telah melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Telok Gadong, Klang. Selepas itu, beliau telah belajar di Sekolah Pondok Pasir Tumbuh, Kelantan bagi mendalami ilmu agama. Selepas tamat pengajian di sekolah pondok, beliau telah menyambung pelajaran di Sekolah Integrasi As-Syakirin, Shah Alam sehingga tingkatan 5 dan melanjutkan pelajaran ke Taylor College. Beliau telah berkahwin pada umur 20 tahun bersama rakan sekerjanya, Datin Nur Shahida binti Mohd Rashid yang berusia 22 tahun pada ketika itu.

Kerjaya perniagaan

Penglibatan beliau dalam dunia perniagaan bermula sejak kecil lagi. Bermula dengan berniaga secara kecil-kecilan, akhirnya berjaya membina perniagaan yang dikenali ramai. Berasal dari keluarga yang sederhana membuatkan beliau menghargai setiap sen yang diperolehi. Beliau mula berniaga sejak berusia tujuh tahun lagi sewaktu tinggal bersama neneknya di Sabak Bernam, Selangor. Semangat untuk berniaga bermula dengan impian beliau untuk hidup senang setelah melihat rakan sekolahnya membawa wang saku sebanyak 50 sen dan beliau hanya ada 20 sen.

Semangat dan kecekalan untuk memperolehi duit saku bermula dengan menjual jeruk mempelam dan jambu sejak disekolah lagi. Kesungguhan beliau jelas dilihat apabila beliau sendiri memanjat pokok mempelam dan pokok jambu bagi mendapatkan buah untuk dijadikan jeruk. Jika budak lain pergi ke sekolah hanya membawa satu beg sekolah untuk mengisi buku, namun untuk beliau, pasti akan ada satu lagi beg tambahan yang dimuatkan dengan jeruk untuk dijual pada harga antara 10 hingga 20 sen. Perniagaan kecil-kecilan itu dilihat sangat berkesan lantas memberi keyakinan kepada beliau untuk melakukannya hingga ke peringkat sekolah menengah dengan menjual pelbagai jenis kerongsang dan juga tudung serta barangan kosmetik. Setelah tamat zaman persekolahan, beliau mula menjalankan perniagaan kecil-kecilan dari rumah ke rumah menjual jamu dan pelbagai jenis produk kecantikan jenama terkenal.

Bukan itu sahaja, pada waktu tengah hari pula, beliau akan mengetuk pintu pejabat untuk menjual. Walaupun ada kalanya terasa segan kerana pelanggannya tidak mahu mendengar penjelasan yang diberikan, ianya menjadi titik permulaan untuk beliau terus serius dalam berniaga. Baginya, malu itu perkara kedua. Prinsipnya mudah, ‘bukan kerana modal kita berjaya, tetapi usaha dan kesungguhan paling penting’. Selepas berhempas pulas berniaga dari rumah ke rumah, bermodalkan wang simpanan yang dikumpul, beliau mula menyewa sebuah kiosk di pusat beli-belah di Subang Jaya, Selangor.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Media Hiburan via Metrodaily