Taufaan Hagibis Bakal Landa Okishima, Pulau Yang Hanya Didiami Populasi Kucing

Korang mesti tahu mengenai fenomena langit ungu yang melanda Jepun ketika ini kan.

Susulan itu penduduk Jepun kini dalam keadaan bersiap sedia menghadapi ribut taufaan Hagibis – terbesar dalam sejarah 60 tahun.

Sumber: Twitter

Agensi Meteorologi Jepun juga telah mengeluarkan am4ran kepada penduduk di kawasan yang bakal terjejas.

Salah satunya adalah satu pulau hanya didiami kucing – di Okishima, memetik World Of Buzz.

Sumber: Slavetomycat

Terletak di Okinawa, Pulau Okishima merupakan satu-satunya pulau di kawasan tasik air tawar terbesar di Jepun dan tertua di dunia iaitu Tasik Biwa.

Terkenal dengan nama ‘pulau kucing’, Okishima didiami populasi kucing yang bebas dan manja menyambut pelancong yang menjejakkan kaki ke pulau berkenaan.

Sumber: Slavetomycat

Disebabkan tidak ramai penduduk yang mendiami pulau berkenaan, netizen mula bimbang dengan nasib kucing-kucing sekiranya Taufaan Hagibis melanda pulau itu.

Sumber: Slavetomycat

Menyedari perkara itu, ramai netizen menyeru penduduk berhampiran untuk memberi perlindungan kepada kucing-kucing itu.

Sumber: Slavetomycat

Satu posting di Facebook mengenai saranan itu mendapat 27,000 perkongsian oleh pencinta kucing.

 

Perkongsian itu menyebut mengenai laluan Taufan Hagibis yang turut ‘mendarat’ di pulau berkenaan dan berharap kucing-kucing berkenaan dapat menggunakan deria semulajadinya untuk mencari perlindungan.

Sumber: Twitter

Kerajaan Jepun telah mengumumkan kawasan yang bakal terjejas oleh Taufan Hagibis antaranya adalah Tokyo, Gunma, Yamanashi, Shizuoka, Fukushima, Tochigi, Saitama, Kanagawa, Ibaraki, Chiba.

Sementara itu, ramalan b4njir dan paras air juga dijangka naik setinggi 0.5 hingga 5 meter di Tokyo, Osaka, Kyoto, Okazaki, Okayama dan Kagawa.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: LobakMerah