Pelakon Syatilla Melvin ber4ng apabila terdapat seorang pengguna laman sosial menfltnah produk keluarannya di Twitter.
Kata Syatilla atau lebih mesra dipanggil Tilla, dia inginkan bukti yang kukuh untuk membuktikan dakwaan wanita tersebut.
Tilla juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan jika wanita terbabit tidak tampil memohon maaf serta menarik balik segala tudvhan yang telah dilemparkan.
“Okay aku rasa dia main dengan silap orang. Siapa kenal perempuan ni? Hang silap besar sebab hang mention nama aku kat public dan fltnah periuk nasi aku!!
“Aku nak hang respon dan minta maaf dalam masa terdekat! Bagi bukti yang kukuh sekali!
“Jangan tunjuk sangat yang akal hang bubuh kat lutut! Sebelum aku sagat muka hang kat jalan dan saman, hang tolong respon.
“Aku akan besarkan benda ni kalau hang tak tak mai minta maaf dan tarik semua benda! Followers Tilla, tolong aku buat kerja sat cari mangkuk ni,” tulis Tilla.
Selepas satu jam dikongsikan di entri Instagram (IG) miliknya, wanita tersebut tampil memohon maaf atas tindakan tidak matang yang dilakukannya.
“Pada hari yang sama saya menulis tweet tentang produk Samtilla yang mempunyai merkuri dalam produk mereka, saya sangat menyesal.
“Saya dengan rendah hati meminta maaf kepada Samtilla kerana memfitnah produknya tanpa sebarang bukti sebelum ini.
“Saya menarik balik kenyataan saya tentang produknya sekali lagi saya benar-benar memohon maaf atas tindakan saya yang tidak matang,” tulisnya.
Tilla bersama adik beradiknya, Syafiqa, Syifa dan Syida Melvin menjalankan perniagaan kosmetik yang diberi nama Kekasih.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: Gempak