“Betul-Betul Tekad Selepas Subuh Semalan,” – Padam Gambar ‘Free Hair’ Di IG, Eyra Hazali Umum Bertudung Live Di MeleTop

Pelakon Eyra Hazali mengumumkan dirinya kini sudah berhijrah dengan bertudung.

Eyra atau nama sebenarnya Hazirah Qasdina Hazali, 20, mendedahkan, dia sudah lama pasang niat untuk berhijab dan mulai bertudung sepenuhnya sejak dua hari lalu.

“Sudah lama niat untuk bertudung. Cuma saya buat keputusan sepenuhnya untuk tampil dengan imej baharu ini sejak dua hari lalu,” katanya.

Ditanya apakah yang membuatkan dirinya mahu istiqomah dengan imej baru, bintang ini mempunyai jawapannya sendiri.

“Hidayah yang Allah berikan itu sebenarnya sudah lama dan saya ada terbaca suatu kenyataan iaitu jika Dia sudah berikan hidayah pada kita sudah lama, tetapi kita buat-buat lupa akan hidayahNya, begitu juga dengan doa yang kita pohon sepertinya tidak dimakbulkan.

“Jadi sebab itulah saya tekad untuk mengenakan tudung dan kalau ada yang tanya saya berbuat demikian hanya kerana bakal mendirikan rumah tangga, rasanya lebih baik saya pakai sejurus bergelar isteri,” kongsinya lagi.

Tiada paksaan dari mana-mana pihak, ia hadir daripada hati yang ikhlas.

“Saya betul-betul sudah pasang tekad selepas Subuh semalam. Pada masa sama, sudah tiba masa untuk saya buat yang terbaik demi Dia, keluarga dan diri sendiri,” ujarnya jujur.

Terdahulu, pelakon Mr. Grey itu ditemui media sewaktu sesi Pengumuman Khas Senarai Top 20 Anugerah MeleTOP Era di Malam Eksklusif MeleTOP di Astro, Bukit Jalil.

komen netizen

Eyra cantik bile bertudung .sejak dulu lagi .bile dok blakon pakai tudungg .memang comel .????

Eyra ni manis tau. Time freehair pun saya respect Eyra sebab she never wears any cloth yang terdedah. Sopan ja. But then Alhamdulillahhh. All the best sister! ❤️

@eyra.hazali X moh ada subng ye dik klu dh stt pakai tudung..mngarut sngt rsnya..nk nk yg nmpk tlinga tu..pakai tudung y btul btul..smg istiqomah..akk bru follw awak ni..sbb adik dh brtudung..????

Alhamdulillah!! This is our Mrs Grey!! ???????? semoga dengan penghijrahan eyra ni, eyra semakin murah rezeki. Semoga terus istiqamah Dan tabah. Cuma nak pesan, siapa pun kita, tak kira la public figure ke tak.. Sentiasa akan ada yang tak suka kat kita. Cuma awak as public figure lebih lagi. Sebab ramai Yang kenal. Harap2 eyra boleh tutup mata tengok netizen kita yang tak habis2 nampak kesalahan orang je. ???????? love youuuu

Sukanyaa tengok eyra sekarang ni. I thought it might be u got influenced by @animezatirizki here and there, which is actually a good sign to have good friends like her and lucky u to received such positive vibes from your family and friends. Semoga makin dipermudahkan rezeki awak utk masa akan datang ????

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: NaluriKini via LimauMadu