Bahagia kita tidak sama definisi dengan bahagia insan lain. Luah bekas isteri penceramah bebas, PU Abu, Ain Afini, apa yang baik untuk insan lain, belum tentu membawa erti yang sama dengan diri kita.
Malah, jangan sesekali membandingkan kisah hidup kerana setiap insan punya jalan cerita tersendiri.
“Apa yang baik untuk orang lain belum tentu ia baik untuk kita, apa yang membahagiakan pada orang lain belum tentu ia akan membahagiakan kita. .
“Jangan membandingkan cerita hidupmu dengan cerita hidup mereka. Perjuangan dan lelah yang berbeza. Nikmatilah setiap saat ini agar kamu syukuri dengan kemanisanya nanti. Agar kamu tahu berbaloinya sabar dan syukur itu. Kamu sedang berada di satu titik untuk permulaan yang besar, teruskan berjalan dan senyum dengan bahagia!” kongsinya.
Ain Afini merupakan bekas isteri PU Abu yang kemudian berkahwin dengan Hana Azraa yang berstatus janda anak satu.
Foto : Instagram Ain Afini
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: Media Hiburan