Aksi Hairul Azreen dirikan anak hanya und4ng padah, Teguran Dr Sheikh Muszaphar Ini Diabaikan

Netizen mempersoalkan tindakan Hairul memadam teguran Dr Sheikh Muszaphar di Instagramnya.

AKSI pelakon Hairul Azreen memegang kaki anaknya, Alisa Aisyah yang baru berusia lima bulan dan membiarkan bayi itu berdiri di tapak tangannya ditegur Angkasawan Negara iaitu Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor.

Teguran itu dibuat menerusi ruang komen di video yang dimuat naik Hairul atau nama sebenarnya Hairul Azreen Idris, 31, di Instagram pada Ahad.

Perkara itu menjadi perbualan netizen di laman Twitter apabila pelakon berkenaan didakwa memadam teguran di video tersebut.

Netizen bertanya sendiri pada Dr Sheikh Muszaphar mengenai tegurannya terhadap Hairul.

“Salam Hairul, apa yang anda buat adalah mengunci lutut untuk dia berdiri tegak. Ia akan menyebabkan bahagian lutut bengk0k selepas ini jika bayi tidak bersedia atau terlalu awal.

“Sebab itu bayi hanya akan bersedia untuk berdiri dengan sendiri apabila otot dan tulangnya sudah cukup kuat,” tulis Dr Sheikh Muszaphar.

Rata-rata netizen mempertikaikan tindakan pelakon filem Paskal itu seakan tidak mahu menerima teguran yang diberikan.

Saya bimbang melihat Hairul buat anak dia berdiri atas kaki apabila anak perempuannya itu belum cukup kuat. ia mungkin akan menyebabkan lutut menjadi bengk0k selepas ini. 

DR SHEIKH MUSZAPHAR SHUKOR 

Angkasawan Negara

Sebelum ini, suami kepada selebriti Hanis Zalikha ini pernah melakukan aksi yang sama terhadap anak lelakinya, Yusuf Iskandar dan anak kepada pelawak Achey.

Dalam pada itu, seorang individu mengambil langkah bertanya sendiri di Instagram Dr Sheikh Muszaphar dan berkongsi jawapan angkasawan negara itu di Twitter.

Menurut Dr Sheikh Muszaphar, dia berasa bimbang melihat 4ksi Hairul itu yang berkemungkinan boleh menyeb4bkan bahagian lutut anak perempuan aktor tersebut menjadi bengk0k.

Hairul pernah melakukan aksi yang sama pada anak lelakinya, Yusuf Iskandar.

Dr Sheikh Muszaphar Shukor yang juga p4kar pembed4han ort0pedlk berkata, niat dia meninggalkan komen tersebut di ruang perkongsian Hairul kerana tidak mahu orang ramai terikut dengan 4ksi sebegitu.

“Saya bimbang melihat Hairul buat anak dia berdiri atas kaki apabila anak perempuannya itu belum cukup kuat. Ia mungkin akan menyebabkan lutut menjadi bengk0k selepas ini.

“Tekanan yang tidak sepatutnya berlaku pada bahagian lutut. Sekadar nasihat supaya orang ramai tidak mengikuti cara itu,” katanya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: Mstar