“Izinkan Aku Merasa Detik Ini” – Elly Mazlein Dirisik Keluarga Kekasih, Tahniah !

Elly Mazlien dirisik keluarga kekasih pada Sabtu.

PELAKON Elly Mazlein berkongsi kegembiraan apabila dirisik keluarga teman lelakinya yang dikenali Azlan pada Sabtu.

Menerusi Instagram, Elly turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang bertungkus lumus membantu menjayakan majlis yang berlangsung di kediaman keluarga Elly di Cyberjaya.

“Sudah menerima risikan daripada keluarga dan izinkan aku merasa detik ini. Dalam memenuhi impian majlis merisik kami sekeluarga, ada juga pihak yang sedang mencari rezeki.

“Jutaan terima kasih buat team #MerisikCintaAzlanElly di atas kerjasama ini.

“Semoga Impian kita semua tercapai, doa saya buat kalian semoga terus berjaya dalam perniagaan anda,” katanya.

Bersama kapsyen tersebut, penyanyi berusia 39 tahun ini memuat naik sekeping foto mengenakan gaun pengantin bergambar di atas pelamin.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Izinkan aku merasa detik ini❤💍 . Dlm memenuhi Impian majlis merisik kami sekeluarga, dlm masa yg sama ada juge pihak yg sedang mencari rezki & sedang mendaki utk mencipta nama serta melebarkan sayap dlm bidang masing2 . Dengan adanya majlis,Sudah pasti ada kaitan dgn para peniaga.. dgn erti kata lain, setiap majlis pasti ada juge rezki org lain . Jutaan terima kasih buat team #MerisikCintaAzlanElly diatas kerjasama ini ❤ . Semoga Impian kita semua tercapai.. Doa saya buat kalian semoga terus berjaya dalam perniagaan anda ❤ ..Lebarkan sayapmu . 🌸MAJLIS MERISIK AZLAN DAN ELLY MAZLEIN🌸 . #MerisikCintaAzlanElly . 🌸 Catering 🌸 @mastarcatering.official . 🌸 Videographer 🌸 @picxelmotionfilms . 🌸 Photographer 🌸 @wvmphotography . 🌸 Henna 🌸 @hennabypuyep . 🌸 Bunga 🌸 @mad.about.bunga . 🌸 Pelamin 🌸 @answedding.events @firdausothmann . 🌸 Pakaian 🌸 @adam.r_lamaison . 🌸 Sandwich -Breakfast 🌸 @myno1sandwich, . 🌸 Cake 🌸 @madaboutcake_official . 🌸 Chiavari chair 🌸 @shahalamwedding . 🌸Pavlova @pavlovashahalam

Siaran dikongsi oleh ELSefhia (@iamellymazlein) pada

Sementara itu, menerusi laporan Harian Metro, Elly memaklumkan majlis merisik itu diadakan secara tertutup yang hanya dihadiri keluarga kedua belah pihak.

“Merisik impian semua wanita dan untuk majlis ini, kami adakan secara tertutup hanya untuk keluarga serta kenalan terdekat.

“Merisik juga adalah proses untuk kedua belah keluarga saling mengenali. Terima kasih kepada bakal suami dan keluarga kerana menerima saya seadanya.

“Insya-Allah, majlis pertunangan, malam berinai berkonsepkan Cik Siti Wan Kembang, acara akad nikah dan resepsi, saya akan jemput rakan-rakan media yang banyak membantu saya selama ini,” katanya.

Penyanyi lagu Bungaku Bakawali itu mengenali kekasihnya yang hanya diperkenalkan dengan nama Azlan sejak Ogos tahun lalu dan sehingga kini, belum berkongsi foto wajah kekasihnya itu secara terbuka.

Sebelum ini, Elly pernah berkahwin dengan pengarah Azmi Hatta dan dikurniakan seorang cahaya mata, Putri Sara Sefhia Azmi.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber:mStar