Netizen Akui Episod 473 Running Man Paling Kelakar. Bikin ‘Pecah Perut’ Menontonnya!

Rancangan berupa hiburan yang membariskan beberapa selebriti Korea, Running Man sudah bermula sejak 2010 lagi. Rancangan ini memiliki peminatnya tersendiri di Malaysia kerana berjaya mengusik jiwa.

Malah kadang-kadang Running Man juga membuatkan penonton terhibur dengan kemunculan watak-watak yang tidak disangka serta gelagat selebriti yang menjadi peserta rancangan ini.

Terbaru seorang pengguna Twitter berkongsikan satu klip dari rancangan ini dari episod 473 membuatkan dia berdekah sehingga mengeluarkan air mata.

Video yang dikongsikan oleh @kuahkacang1912 ini telah meraih perhatian ramai dengan lebih 339,000 tontonan dan 28,500 retweets serta 26,600 likes.

Buat yang tidak faham apa yang kelakar dalam episod ini, peserta perlu menjalani misi yang mana mereka kena melalui jalan dan dengan syarat tidak boleh ketawa. Dalam laluan itu ada 5 check point bahan kelakar yang kena mereka lalui.

Rata-rata netizen turut bersetuju episod ini paling kelakar dan meninggalkan komen seperti berikut:

“Aku pun rasa episod kali ni paling kelakar”

“Weyh sumpah gelak sakan…”

“Maunya tak ketawa. Bulu hidung boleh selit belakang telinga”

Malah di ruangan komen juga ada netizen yang berkongsi satu lagi babak kelakar dalam episod yang sama.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

 

Sumber: Kuahkacang1912 via HCL