Zaman sekarang kematangan usia atau taraf pendidikan bukanlah penentu tahap pendapatan seseorang itu, kerana sejak adanya pelbagai platfom sosial media, siapa sahaja mampu menjana pendapatan ribuan ringgit.
Seperti Instafamous Aliya Maisarah berusia 15 tahun, dirinya mula dikenali kira-kira dua tahun lepas ketika itu umurnya baru berusia 12 tahun, disebabkan gaya solekannya bak wanita dewasa.
Tuah memiliki wajah yang cantik dan pandai bersolek, foto yang dimuat naik Aliya sering mendapat perhatian para netizen yang gemar melihat perkongsiannya.
Jumlah pengikut di IG semakin bertambah, membuatkan Aliya berjaya menjana pendapatan sehingga mencecah RM 10,000 ketika usianya 12 tahun, hasil membuat perkhidmatan ulasan berbayar (paid review).
Tidak menyangka pendapatannya mampu mencecah ribuan ringgit, sejak daripada Aliyah sudah mula menguruskan kewangannya sendiri tanpa mengharapkan lagi wang daripada ibu bapanya.
Namun, mengetahui jumlah pendapatan remaja tersebut ramai yang tidak senang duduk, apabila ada yang mendakwa Instafamous itu sememangnya dilahirkan dalam keluarga yang senang.
Bagaimanapun, ada yang memuji usaha remaja itu yang bijak menjana pendapatan sendiri di usia yang sangat muda, berkat kemahirannya bersolek.
Jadi, bukan mengira apa latar belakang sekalipun, jika bijak menggunakan peluang tidak mustahil kita juga mampu berjaya seperti mana orang lain.
Sumber : Harian Metro & Twitter VIA OMM