“NIAT saya berkongsi kisah itu di laman sosial adalah untuk memberi mesej kepada pengikut supaya tidak sesekali mengab@ikan tanggungjawab terhadap ibu bapa mereka,” kata Azri Alwan, 31.
Azri memberi reaksi itu bagi mengulas mengenai hantaran dimuat naiknya di Facebook, semalam berhubung kisah kakitangannya, Muhammad Habil Asmadi, 19, yang memasak nasi di pejabat dengan alasan mahu berjimat selepas wang gaji diterima diserahkan kepada ibunya di kampung.
Perkongsian itu sehingga kini mendapat 14,000 tanda suka dan rata-rata warganet seb@k, selain memuji tindakan Muhammad Habil yang sanggup berk0rban demi kelangsungan hidup keluarganya.
Menceritakan kisah sebenar, Azri berkata, gambar berkenaan diambil secara spontan ketika singgah di pejabatnya di Putrajaya, kelmarin.
“Malam itu, saya datang ke pejabat untuk meninjau keadaan, namun sebaik masuk ke dalam, saya lihat lampu terbuka tetapi tiada siapa di dalam.
“Namun, ada bunyi daripada bawah meja dan rupa-rupanya, Habil yang sedang duduk menc@ngkung memasak nasi. Sebaik menyedari kedatangan saya, dia terus berdiri dengan wajah ket@kutan.
“Saya tanya mengapa tidak makan di kedai bawah dan dia memberi alasan sudah menyerahkan duit gaji kepada ibunya. Penjelasannya membuatkan saya seb@k dan terus mem3luknya sebelum kami berdua makan bersama.
“Habil ada menceritakan serba sedikit latar belakangnya cuma baru malam itu, saya tahu kesus@hannya sejak berhijrah ke sini dan faham kerana saya juga bukan datang daripada keluarga yang senang,” katanya ketika dihubungi.
Menurut Azri, dia sama sekali tidak menyangka perkongsian kisah berkenaan akan tul@r kerana sekadar menceritakan pengalaman dilaluinya pada hari itu.
Namun, dia bersyukur kerana menerima maklum balas positif daripada pengikutnya yang mahu mengambil contoh daripada sikap Muhammad Habil.
“Saya tidak berharap perkongsian itu mendapat perhatian ramai tetapi gembira kerana sejak tul@rnya kisah berkenaan, ada dalam kalangan pengikut yang terus menghubungi ibu bapa mereka untuk bertanya khabar.
“Selain itu, ada juga yang berkongsi dengan saya bahawa mereka terus mengirimkan wang kepada ibu bapa mereka selepas terbaca kisah berkenaan.
“Itu satu perubahan yang baik dan diharap, mesej saya sampai kepada mereka yang membacanya,” katanya yang memiliki 20 cawangan kedai gunting rambut, kolej kemahiran dan beberapa perusahaan lain..
Sementara itu, Muhammad Habil berkata, dia berterima kasih kepada semua yang memberikan sokongan selepas membaca kisahnya di laman sosial.
“Sudah sembilan bulan saya bekerja di sini dan sebenarnya, ada dalam kalangan ahli keluarga tidak bersetuju saya keluar dari kampung tetapi saya terpaksa kerana mahu mencari rezeki.
“Setakat ini, saya gembira dengan kerja dilakukan dan rasa bertuah kerana mendapat layanan baik daripada majikan dan rakan sekerja.
“Cuma, keluarga sentiasa keutamaan memandangkan ayah sudah tiada dan ibu perlu membesarkan adik yang masih bersekolah,” katanya.
Entri terbaru Azri di lamana facebook menunjukkan beliau bersama Habil sedang menjamu selera bersama.
Sumber: MyMetro / Facebook Azri Walter