“Masih Ada Rupanya Insan Yang Ikhlas…”- Kongsi Kisah Isteri, Datuk Alha Syukur

Pastinya sangat gembira jika kita sudah bertemu pasangan, apatah lagi ingin berkahwin dan tentu saja kita inginkan yang terbaik buat pasangan.

Posting jurusolek dan usahawan kosmetik terkenal, Datuk Alha Alfa dilaman Instagram menjadi perhatian ramai apabila dia berkongsi kisah pertemuannya bersama tunang, Noor Azlin Ismail.

Teringat mula2 kenal…

Kata Alha, ketika mula-mula berkenalan duit hanya cukup pakai sahaja dan simpan duit untuk perniagaan. Berkenalan dengan tunang melalui kelas makeup, Datuk Alha mengatakan dia banyak memberi sokongan dan memahami kesibukannya.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

teringat mula2 kenal beliau dlu..time tu duit mmg cukup pakai je..simpan duit simpan duit nak buat product..yela buat makeup gaji berapa sgt..nk buat product harga ratus ribu..boleh dapat sebijik umah..time tu pulak berkenalan ngn beliau melalui kelas makeup..bila ada kelas makeup,,.ada la duit lebih skit nak smpan..kira time kenal tu,mmg hidup tunggang langgang..g sana g sini..selagi boleh ada keje..boleh simpan..beliau byk bg support..faham kesibukan..selalu bg semangat jgn down..walaupun muda tapi cara pikir cara cakap n cara bertindak sgt matang..alhmdulillah ALLAH temukan dgn beliau yg memahami situasi org business n keje sendiri ni.. . detik paling merisaukan bila call mak beliau..nk mntak izin utk lebih serius n nak masuk meminang aritu..call nak tanya berapa wang hantaran? masha allah~~ mak beliau cakap “alha nak amik anak die pun makcik bersyukur sgt dah..nak bagi berapa2 pun xape..suruh bincang dgn beliau”…bila tanya beliau pulak..”u terima i pun i dah bersyukur..xyah bagi pun xpe”… 😭😭😭 allahuu..syukurnyaaa..masih ada rupanya insan yg ikhlas..katanya nak mntak senaskah alquran pun cukup..time tu saja tanya die..nanti kwen nak pakai baju sape? dengan gelak2 n bergurau “ @rizalman71 “ katanya..smbil gelak2 n i tau u guraw2…yela sape tanak kann..huhuhu..time tu macam tertelan bijik nangka..tapi dah tekad simpan duit..simpan duit..kalau panjang jodoh..ada rezeki lebih..alha akan sedaya upaya usahakan..so semalam senyap2 alha pun bawak die ke sini jumpa dato rizalman.syukuurrr..semuanya berjalan lancar..😍😍🙏🏻🙏🏻 bg alha,kalau wanita ikhlas, xyah hantaran pun laki akan usahakan yg termampu..kalau hantaran tggi2 pun ok jgak kalau dua pihak mampu dr keturunan kaya2..ramai je kwn2 alha yg nak kawen, stuck sbb hantaran tggi..depa struggle nak menyimpan utk nak kawen n lepas kawen akan dtg masalah sbb duit simpanan habis..patutnya lepas kawen kite happy2..kalau hantaran lps utk kenduri,mkn minum pun dah ok..kalau ukuran hantaran di ukur melalui degree ke..master ke..xsemua mampu..sudahnya ramai lelaki2 takot nak kawen dgn ppuan bijak sbb takot hantaran tggi..sdgkan lepas kawen nanti lagi banyak duit akan digunakan utk kehidupan bersama.kan?

Siaran dikongsi oleh www.alhaalfa.com (@alhaalfa) pada

Call nak tanya berapa wang hantaran?…

Dia juga berkongsi mengenai wang hantaran yang bagi Mak pihak perempuan tidak kisah berapapun jumlahnya namun dia bersyukur kerana tunangnya itu seorang yang baik dan ketika bertanya pula kepada tunang, dia hanya meminta senaskah Al-Quran sahaja sudah mencukupi.

Bagaimanapun, Datuk Alha memuat naik foto dia bersama tunang berada di Butik Rizalman berkata, dia membawa secara senyap-senyap tunangnya itu berjumpa Dato’ Rizalman dan bersyukur kerana semuanya berjalan dengan lancar.

Bagi Alha, kalau wanita ikhlas…

Baginya, jika wanita ikhlas tidak mahu hantaran pun lelaki tetap akan usahakan yang termampu namun jika hantaran tinggi-tinggi pun baginya ok jikalau dua pihak mampu.

Di ruangan komen, rata-ratanya meninggalkan pelbagai pujian dan pandangan mengenai hantaran dan turut mendoakan yang baik-baik buat pasangan ini.

Betul kata Alha…

Sama cantik dan padan…

Sumber: IG Datuk Alha Alfa / HCL

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook