“Tahun Ni Tak Ada ‘Aku Kau’ Lagi”- Ardell Sambut Ulang Tahun Kelahiran Suami

Pelakon Ardell Aryana menyifatkan suaminya yang juga pelakon Nadzmi Adhwa sebagai individu yang cukup sempurna pernah hadir dalam hidupnya.

Ardell atau nama sebenarnya, Nurul Hidayah Mohd. Amin, 29, berkongsi luahan itu menerusi satu posting di Instagram sempena sambutan ulang tahun kelahiran Adhwa yang ke-27.

“Awak merupakan kombinasi yang sempurna sebagai seorang suami dan kawan baik. Tahun ni rasa lain sambut hari jadi Wawa (nama manja Adhwa), sebab tahun ni tak ada ‘aku kau’ lagi tapi ‘awak saya’.

“Tiada kata yang boleh menggambarkan betapa bermaknanya awak kepada saya. Saya tahu saya selalu lambat. Saya tahu saya bukanlah yang terbaik untuk awak, tapi saya akan cuba lagi dan lagi untuk menjadi seorang yang baik dan buat yang lebih baik lagi dari hari ke hari, Insya-Allah,” tulisnya.

Ardell turut berkongsi video kejutan yang dirancang bersama ahli keluarga dengan bertemakan jersi pasukan kelab bola sepak pilihan suaminya, Arsenal yang diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pada masa sama, Adhwa turut meluahkan rasa syukurnya diberikan seorang isteri yang sentiasa memberikan kegembiraan kepadanya.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Inilah jantung hati saya💖, everyday dia akan make sure saya ambil Madu Sidr & serbuk zuriat Hubbee nii ( dia memang akan campur kan pekat dan likat ) . Korang kena cuba juga dan beli di @hubbee_hq. Saya dah ada mak, saya dah ada mak mertua, kini saya dah ada mak kepada anak2 saya juga complete 🙈🙈hehehe. Inshaallah adhwadel junior menyusul 🤰🏻( Mana tahu ) 😌. Jom sama2 dgn saya consume makan madu & serbuk buah zuriat dari Hubbee ni. Buah zuriat ni raw & pure tak ada campuran . Beli terus kisar 1 ketul tu fresh2 , bau dia macam kurma rupanya buah zuriat ni bila da hancur . Tak payah da nak pecah kan sendiri buah zuriat tu keras , beli je set Madu sidr + buah zuriat @hubbee_hq sebab dia bagi sekali buah zuriat kisar . Confirm ! bertambah penyeri baru dengan izin nya 🤱🏻 Pahala , Pahala , Pahala ! 🥰😝

Siaran dikongsi oleh ناذمي ادهوا نور اذمي (@nadzmiadhwa) pada

“Terima kasih untuk segalanya my love. Awak sentiasa buat saya gembira. Awak sentiasa yang terbaik untuk saya walaupun awak tak berapa sihat awak tetap buat semuanya untuk saya.

“Semoga rumah tangga yang kita bina kekal hingga ke Jannah,” tulisnya di Instagram semalam.

Ardell dan Adhwa mendirikan rumah tangga pada 1 September lalu.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

. Words cannot begin to describe how much you mean to me 😉 . Saya tahu saya selalu lambat , saya tahu saya bukan lah yang terbaik untuk awak , tapi saya akan cuba lagi dan lagi untuk menjadi seorang yang baik & buat lebih baik lagi dari hari ke hari inshaallah ☺️🤗 ( nanti kita lawan fifa 20 sama2 ye ) . You are the perfect combination of husband and best friend 🥺. Tahun ni rasa lain sambut birthday wawa sebab tahun ni tak ada (aku kau) lagi tapi ( AWAK SAYA 🐜) . Thank you pada semua family saya , family mertua , sahabat-sabahat , akak- akak & abang-abang busnies (GIGIH Semua Cari Jersey #yagunnersya arsenal 🤣) khas untuk @nadzmiadhwa Surprise 😋 walaupun arsenal selalu buat kecewa tahun ni 😂 . . Dan tak lupa seluruh kakitangan @hotelsripetalingkl yang terlibat dari boss , manager , Hr , chef semua lah .. TQ banyak sangat bantu service & makanan semua alhamdulillah ❤️ Angsa 🦢dan bunga rose 🌹 cantik ( nasib abang saya kerja situ @hotelsripetalingkl , jadi dapat jumpa semua boss untuk plan ) last minute ⚽️😘🎂🥅. #alhamdulillah

Siaran dikongsi oleh نور الهداية (@ardellaryana) pada

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak