Tidak mampu menyembunyikan keterujaan memiliki anak perempuan, Datin Seri Umie Aida tidak menafikan perasaan dan semangat keibuannya memuncak.
Lebih-lebih lagi impian itu hadir selepas menanti hampir 10 tahun untuk menimang cahaya mata.
Tambahnya lagi, setiap anak harus menghargai jasa ibu yang banyak berkorban dalam membesarkan anak-anak.
“Bila ada baby girl.. lain rasanya. Kita akan melaramkan dia. Kena pulak ku menunggu rezeki ni hampir 10 tahun.. semcm punya semangat keibuan yg muncul dalam diriku ini.
“Tapi nak tanya sikit apakah setiap ibu akan rasa lenguh2 belakang sebab dukung baby ? Aisya 7kg.. setiap malam ku rasa lenguh badan ku . Mcmmana @bettyrahmad dukung @ardywira_ ? Muuu rasakah?
“Kalau semua ibu lenguh.. maka anak2 semua hargailah jasa ibu okay. Ni baru level lenguh.. belum lagi bab2 lain,” tulisnya.
Perkongsian pelakon hebat ini mendapat pelbagai reaksi netizen dan menyatakan faktor usia mungkin peranan utama sakit belakang sewaktu mendukung bayi.
Umie menjaga Nur Aisya sedari usia 12 hari selepas tiada maklum balas daripada sebarang keluarga untuk dijadikan anak angkat.
Sebelum ini, Umie turut membesarkan dua orang anak angkat lelaki iaitu Mohd Daniel Firdaus, 26, dan Mohd Dzulhilmi, 25.
Umie mendirikan rumah tangga bersama suami pada Mac 2010 dan tidak dikurniakan cahaya mata.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : Instagram Umie Aida via MH