KIRA-kira 11 tahun lalu, pasangan suami isteri ini hanya memiliki sebuah kereta kancil yang digunakan bukan sahaja untuk jalan-jalan tetapi juga berniaga ayam segar.
Namun selepas mengharungi jatuh bangun bersama mengusahakan perniagaan itu, Nur Amyza Ismail melakukan kejutan buat suaminya, Mazlan Hanafi dengan menghadiahkannya sebuah kereta sport jenama Audi berwarna merah.
Mesra disapa Amy, wanita berusia 30 tahun itu berkata dia menghadiahkan kereta tersebut sebagai ‘reward’ kepada suaminya yang bekerja keras mencari rezeki buat keluarga mereka sejak 11 tahun lalu.
“Sebenarnya hadiah tu lebih kepada reward untuk suami yang kerja siang malam membanting tulang. Kerja jual ayam ni kan penat, tidur pun dua tiga jam je.
“Lagipun selama buat bisnes ni dia tak pernah minta apa-apa. Dia kerja je. Jadi bila ada duit sikit saya rancang buat kejutan untuk dia,” katanya kepada mStar.
Amy dan suaminya bersama kereta Kancil kesayangan mereka.
Jelas Amy, pada awalnya dia mahu membeli sebuah superbike sebelum membeli kereta idaman suaminya itu.
“Saya ada tanya dia kalau saya beli superbike macam mana? Dia kata tak minat… lagipun kalau acciident ke apa terus m4ti, dia cakap.
“Lepas tu saya tanya dia minat kereta apa. Dia kata minat Audi. Saya tak tahu kereta tu macam mana sebab kita orang perempuan tak biasa bab kereta.
“Dia ambil telefon dan tunjuk gambar. Tiga minggu lepas saya pergi ke Kuala Lumpur bersama anak saudara untuk urusan pembelian kereta itu,” katanya.
Amy berkata, suaminya tidak mengetahui rancangannya itu sehinggalah dia sendiri menerima kunci kereta berkenaan.
“Memang saya beli senyap-senyap. Saya pergi survey kereta tu dengan anak saudara saya di KL bulan lepas. Masa tu memang suami tak tahu lagi.
“Bila nak pergi KL saya tiipu dia cakap nak beli kereta untuk anak saudara. Sampai dari KL je saya terus hulur kunci kereta kat dia. Dia macam tergamam dan sebak.
Pasangan ini berniaga ayam proses segar tiga bulan selepas berkahwin pada 2008.
“Bagi saya tak salah biar suami merasa kereta idaman dia. Lagipun kancil tu dah ‘tua’. Kalau ikutkan memang dah barai sebab kancil tulah guna buat kerja dengan jalan-jalan sekali,” katanya.
Kisah Amy menghadiahkan suaminya kereta sport itu menjadi tular selepas dia berkongsi beberapa keping gambar mengenainya di Facebook.
Namun lebih mengejutnya posting itu turut digunakan individu tidak bertanggungjawab untuk kegiatan sc4mmer atau peniipuan.
Memang kami terkejut. Saya ni tak pernah terlibat dengan mana-mana aktiviti pelaburan. Memang tak pandai. Saya tahu jual ayam je.
NUR AMYZA ISMAIL
PENIAGA AYAM PROSES SEGAR
Malah telefonnya turut rosak selepas diser4ng virus, dipercayai dihantar individu tidak dikenali.
“Bila dah viral ada sc4mmer yang ambil kesempatan guna gambar posting saya dengan suami bersama kereta Audi untuk aktiviti peniipuan mereka.
“Ada kawan-kawan tag posting yang mendakwa kami dapat beli kereta mewah tu guna wang pelaburan. Dalam posting tu sebut dalam masa tiga hari je kami dapat beli kereta tu.
Posting Amy diguna individu tidak bertanggungjawab untuk kegiatan scammer.
“Memang kami terkejut. Saya ni tak pernah terlibat dengan mana-mana aktiviti pelaburan. Memang tak pandai. Saya tahu jual ayam je,” katanya yang sudah membuat lap0ran polis mengenai perkara itu.
Ditanya mengenai perniagaan ayam yang diusahakannya bersama suami di Tanah Merah, Kelantan, Amy berkata dia tidak mementingkan untung yang banyak.
“Boleh dikatakan harga saya paling murah dekat Tanah Merah sebab saya direct dari ladang. Untung saya tak ambil banyak. Sebagai contoh saya tak target sehari tu nak dapat RM2,000.
“Tapi cara saya lebih kepada nak habiskan 2,000 ekor ayam walaupun untung sekadar RM100 atau RM200 saja. Saya juga ada buat jualan murah beberapa kali dalam setahun.
“Contoh kalau saya jual RM2.99, saya takkan dapat untung. Itu kira sedekah. Saya nak kongsi rezeki dengan customer yang selalu support bisnes kami. Dengan cara ini semua orang dapat merasa dan sekurang-kurangnya mengurangkan beban belanja dapur mereka,” katanya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : Mstar