Lama tak dengar nama selebriti Dynas Mokhtar. Setelah beliau berumah tangga, kerjaya seni beliau tidak begitu aktif. Pelakon Dynas Mokhtar meluahkan rasa susah hati apabila anak lelakinya, Edriel Obil mengalami demam panas.
Walaubagaimanapun, menurut Dynas suhu badannya makin kurang dan sudah mempunyai selera untuk makan. “Demam Obil makin kebah semasa waktu makan tengah hari dan saya sangat gembira apabila dia sudah mempunyai selera untuk makan semula,” tulisnya di Instagram (IG) miliknya.
Rata-rata pengikut Dynas berharap agar anaknya segera sembuh seperti biasa
Malah, ada segelintir peminat tidak lokek berkongsi tips dan pengalaman kepada Dynas.
Dynas berkahwin dengan pengusaha ladang ayam, Shazrik Din pada April tahun lalu selepas empat tahun menjadi ibu tunggal.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Edriel Obil pada 17 Mei lalu. Selain itu, menerusi perkahwinan pertamanya, Dynas mempunyai dua orang anak iaitu Khayra Khalyssa, 8, dan Mohamed Haqaish, 6.
Sumber : GEMPAK DOT COM
Semoga baby Edriel Obil sihat sepenuhnya. Semoga dipermudahkan. Semoga mama Dynas tabah dan bersabar, Insyallah takde apa tu. Cuma demam biasa je ..