Alyah Dedahkan Siapa Sebenarnya ‘Skandal’ Dia Selama Ini

Penyanyi Datin Alyah berkongsi sekeping foto bersama suaminya, pengarah muzik Datuk Ramli MS atau mesra disapa Tok Ram.

Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram (IG) miliknya hari ini.

Menurut Alyah, orang ramai jarang melihat dia bersama Tok Ram kerana mereka selalu meluangkan masa bersama secara senyap tanpa pengetahuan ramai.

ALYAH BUAT PENGAKUAN TENTANG SIAPA ‘SKANDAL’

“Kenal tak mamat belakang tu? Memang jarang nampakla dia dengan saya, kitorang selalu calling calling je, jumpa pun senyap senyap shhhhh jangan bilang siapa siapa.

“Tahun ini sempena hari lahir dia, saya nak buat pengakuan, sebenarnya ni lah skandal saya selama ini,” seloroh Alyah di ruangan kapsyen.

Dalam pada itu, Alyah akui Tok Ram tidak berkongsi foto bersamanya di IG, namun sebenarnya, suaminya itu banyak menyimpan gambar mereka bersama dalam telefon bimbit.

“Memang dia tak pernah letak foto saya dalam IG dia dah nama pun skandal, tapi dalam phone dia banyak gambar saya sampai muntah dia tengok,” tambah Alyah yang masih menulis ayat jenaka.

Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut pelantun lagu Meluruh ini meninggalkan respon kelakar mengenai ‘skandal’ yang dimaksudkan Alyah itu, ada juga yang memuji kebahagiaan pasangan ini.

Ahad lalu, Tok Ram yang juga merupakan juri tetap program Gegar Vaganza 2019 (GV2019) itu telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-60.

Hari istimewanya itu turut diraikan secara langsung ketika konsert minggu keenam GV 2019 pada Ahad.

Jangan lupa untuk menyaksikan GV2019 yang bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Sumber: GEMPAK DOT COM