Kemenangan Malaysia membenam Indonesia 2-0 dalam pusingan kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil baru baru ini, ternyata membuatkan semua penyokong negara ini teruja dan tersenyum puas.
Namun, dalam keghairahan meraikan kemenangan Harimau Malaya ke atas skuad Garuda, ternyata ada hati isteri yang terluka.
Niat untuk menghadiahkan tiket bola yang dibeli untuk suaminya supaya mereka berdua dapat menonton perlawanan tersebut bersama-sama di stadium, ternyata bertukar menjadi satu kenangan pahit yang tak dapat dilupakan.
Nak suprisekan suami dengan tiket bola Malaysia Vs Indonesia
Saya nak luahkan curahan hati. Saya baru kahwin tiga tahun dan ada baby umur lima bulan. Tadi saya tunggu suami saya balik kerja pukul 5 dalam keadaan excited dan gembira sangat.
Ingatkan nak suprisekan kat dia yang saya ada tiket Football Malaysia Vs Indonesia untuk dua orang.. Jadi saya WhatsApp la dia ”Balik awal tau, saya ada suprise bila awak balik nanti..”, so dia reply ”Tak boleh la, saya ada banyak kerja lagi, kena ot.”
Suami tonton bola dengan perempuan lain di stadium
Tapi takpa, saya faham, dia cari rezeki untuk kami sekeluarga. So tiket tu saya let go bagi kat abang-abang saya. Saya duduk sorang kat rumah dengan baby.. Tengah-tengah online Instagram, tiba-tiba kawan ada DM saya, dia send screenshot gambar suami saya dengan perempuan lain yang sedang menonton bola kat stadium..
Lepas tu saya terus stalk perempuan tu kat IG, rupanya betul la. Suami saya tipu saya. Mati-mati saya percayakan dia selama ini. Saya nampak perempuan tu update gambar-gambar diorang date pada time yang suami saya balik OT hingga lewat tu..
Apa salah dan kurang saya
Sakit hati saya, dah lah diorang berpegangan mesra bagai.. Diorang berhubungan selama ini saya tak tahu, siap perempuan tu ada tag yang dah check-in kat satu hotel. Huhu.. Alahai, saya tak tahu apa nak buat, saya asyik terfikir apa salah saya, apa kurang saya..
Mungkin dari kecantikan saya kalah kot dan saya dapati perempuan tu adalah ex dia.. Takpelah wahai encik suami, saya akan pertahankan rumh tangga kita selagi saya mampu.
Saya cuma nak luangkan masa dengan abang
Abang, kalau abang nampak curahan hati saya ni, saya tengah hidap k4nser rahim stage 3.. Saya tahu abang ada kat dalam KRT ni, cuma nak pesan, bila saya dah takda nanti, abang tolong jagakan baby kita ya, dan perempuan tu boleh lah jadi mak tiri kat baby kita..
Saya cuma nak luangkan masa dengan abg je, dan masa ni la yang sesuai sebab abang suka tengok bola.. Terima kasih budi baik abang selama ni. Anak kita tu jaga elok-elok. Sayang abang..
Saya bukan nak raih simpati, just nak pesan kat kita semua, hargai la suami/isteri korang, nak curang? Jangan. Lama-lama diorang akan tahu juga.. Sekian luahan saya.
Sumber : Kisah rumah Tangga
Kredit: Siakap Keli