Tak Sempat Beli Kek Harijadi Isteri. Pakcik Ini Hadiahkan Burger Untuk Isteri Dapat Perhatian Secret Recipe Dan Ini Yang Terjadi

Setiap yang berkahwin mesti mengimpikan kejutan atau pun hadiah yang istimewa dari pasangan ketika menyambut ulangtahun perkahwinan mahupun ulangtahun kelahiran. Namun tidak semua orang berkemampuan untuk membuat kejutan yang yang mewah dan mahal.

Baru-baru ini, seorang lelaki tular di laman sosial Twitter keran menghadiahkan isterinya sebiji burger sempena ulangtahun kelahiran isterinya itu. Menerusi tweet yang dikongsi oleh @ammnslhn, lelaki itu tidak sempat pergi ke kedai untuk membelikan kek untuk meraikan hari jadi isterinya. 

Jadi dia beli burger tersebut sebagai pengganti kek untuk buah hatinya itu.

Perkongsian itu telah meraih lebih 33 ribu Retweets dan hampir 30 ribu likes.

Rata-rata netizen meninggalkan komen yang positif di ruangan komen tersebut.

MENDAPAT PERHATIAN KEDAI KEK POPULAR DI MALAYSIA, Secret Recipe

Kisah tular lelaki ini telah sampai ke Secret Recipe dan mereka telah bersetuju untuk belanja lelaki ini dan isterinya amkan secara percuma di Secret Recipe.

Jadi tidak susah sekiranya hendak mengahrgai pasangan atau ingin membuat pasangan gembira. Anda cuma perlu menghargai dengan apa yang ada disekeliling anda.

Sumber : SIAKAP KELI