Ada Sebab Kenapa Graduan Ini Dengan Beraninya Buat Tabik Hormat Cara Hitler Ketika Di Majlis Konvo

SEORANG graduan Universiti Malaysia Sabah (UMS) mencetuskan kontroversi apabila melakukan tabik hormat ala N4zi selepas mengambil skrol ijazah dalam Majlis Konvokesyen UMS 2019 Sabtu lalu.

Gambar graduan tersebut dengan gaya tabik hormat yang digunakan semasa zaman pemerintahan Adolf H1tler di Jerman itu kemudiannya dikongsikan ke dalam laman Facebook peribadinya sebelum dipadam.

Menurut paparan skrin yang tular graduan tersebut mendakwa, tindakannya itu bertujuan menunjukkan solidariti kepada rakyat Pal3stin yang menderita akibat perbuatan kej4m Yahud1.

“Simbolik Hitl3r ini aku gayakan di atas pentas keramat UMS kerana dunia menjadi buta ketika Yahvdi bermaharajalela seolah-olah pemerintah negara-negara Islam adalah badut yang hanya menjadi politik dunia.

“Maka itu, aku bersolidariti untuk Gaza dek kerana marah, benci dan dendam yang aku pendam terhadap Yahvdi. “Maka aku berterima kasih kepada H1tler kerana Holoc4ust,” kata graduan itu di dalam laman Facebook miliknya.

Holoc4ust adalah insiden pembu-nuhan beramai-ramai masyarakat Yahvdi yang tercetus di Eropah semasa Per4ng Dunia Ke-2. Pembu-nuhan berkenaan dilakukan tentera N4zi yang dipimpin oleh H1tler.

Sementara itu, UMS dalam satu kenyataan pada Selasa menyatakan kekesalan terhadap tindakan pelajar berkenaan kerana memuat naik gambar berkenaan semasa berada di atas pentas konvokesyen.

KENYATAAN DARI PIHAK UNIVERSITI

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Pusat Pengurusan Strategik dan Komunikasi Korporatnya, UMS berkata, tindakan pelajar itu tidak mencerminkan pandangan universiti, sebaliknya daripada pelajar itu sendiri.

“Semua pelajar telah dimaklumkan tatacara istiadat konvokesyen, termasuk mereka diingatkan agar memandang ke arah kamera selepas mengambil skrol. “Pada kesempatan itulah pelajar berkenaan berhenti dan membuat gerakan tangan seolah-olah seperti melambai kepada audiens, dan kejadian itu berlaku dalam beberapa saat sahaja. “Graduan tersebut kemudiannya menggunakan gambar itu dengan status yang tertera pada akaun media sosialnya,” katanya.

Sumber ASTRO AWANI