Baru-baru ini viral di media sosial apabila juara Da’i musim kedua, Da’i Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad mengumumkan perkahwinan keduanya bersama seorang ibu tunggal yang mempunyai lapan orang anak. Perkara tersebut telah menarik perhatian ramai netizen sehingga ada individu yang mendakwa bahawa perkahwinan kedua Da’i itu tidak mendapat keredhaan dari isteri pertamanya.
Bagaimanapun, tampil menjelaskan kontroversi yang sedang melanda, isteri pertama Da’i Farhan telah memuatnaik satu posting di laman Facebooknya bagi meredakan kemelut itu.
Orang kecam suami saya kerana ‘menunggang agama’ dan menganiayai saya
Post ini saya karang sejurus saja balik dari klinik, check-up bayi dalam kandungan. Alhamdulilah semuanya baik-baik saja. Cuma saya dinasihatkan agar menjaga emosi, tenangkan diri dan kurangkan stress.Tapi sejujurnya saya tidak dapat bertenang apabila handphone berbunyi dari semalam dan mesej bertubi-tubi masuk ke inbox.
Semua itu berlaku sepantas kilat selepas post yang dimuatnaik oleh sahabat saya sendiri. Kini saya tengok sudah mencapai ribuan like dan share. Hasil daripada post beliau, pertama, ada yang kecam saya kerana lembik, membiarkan suami buat begitu kepada saya. Yang kedua, orang kecam suami saya kerana ‘menunggang agama’ dan menganiayai saya.
Demi sedikit ketenangan dan anak dalam kandungan ini serta keluarga kecil kami yang kini berkembang menjadi besar, saya terpanggil untuk membuat kenyataan dari hati saya sendiri, memandangkan ramai yang tertanya-tanya dan ramai yang silap dalam menilai kerana mendengar kenyataan dari pihak ketiga bagi saya sudah basi.
Saya pun serah pada takdir apa yang terbaik.
Suami saya memaklumkan dari awal hasrat dia untuk berkahwin. Akad nikah yang diadakan di Mekah saya tahu dari ibu mertua saya. Tipulah kalau nak cakap saya tak kecewa, tipulah kalau saya tak marah, tipulah kalau saya tak stress. Saya manusia biasa. Bila tahu saja berita tu, terasa macam hilang arah.
Family dah maklum. Cuma family kami cuba merahsiakan hal ni. Dan saya maklum pada kak xxx yang bukan ahli keluarga saya sendiri, kerana saya percaya pada dia sebagai sahabat baik dan saya tahu tindakan suami saya itu tidak betul, tapi apa yang saya perlu pada ketika itu adalah teman berbual dan telinga yang mendengar.
Soal rumah tangga kami, sebenarnya kami dah bertemu mata, bercakap dari hati ke hati, saling bermaafan, benda ni dah 2 bulan berlalu dah pun. Saya bahagia dengan anugerah permata hati kami sekarang. Saya pun serah pada takdir apa yang terbaik.
Kami sediri sepakat merujuk pada pihak yang layak, salah seorangnya ayah mertua saya sendiri, kami bincang satu-satu, kami minta nasihat, kami cermati satu-satu apa tindakan yang perlu saya buat.
Ujian ini berat, apa yang menimpa ini memang berat.
Ujian ini berat, apa yang menimpa ini memang berat. Tapi benda boleh pikul, buat apa kita nak lepas. Benda boleh bincang, kenapa kita nak gaduh. Benda boleh sepakat, kenapa kita nak akhiri dengan penceraian.
Pada mulanya saya redha dalam paksa. Saya fikir begitu dan Alhamdulillah sekarang saya dah dapat laluinya pun dengan baik. Alhamdulillah, Allah beri kekuatan pada saya, saya buat rutin macam biasa tiada apa-apa yang berlaku. Saya seronok dengan kerjaya saya. Alhamdulilllah, lama-lama semua baik.
Kepada keluarga dan rakan yang tidak terima dan tidak setuju, saya hargai anda yang stand untuk saya. Saya tahu, adik-beradik saya, keluarga saya tidak setuju tindakan saya yang menerima poligami. Ketahuilah rakan-rakan dan keluarga yang saya sayangi, berat mata memandang, berat lagi bahu saya yang memikul beban ini.
Tapi percayalah, keadaan yang keruh, tidak akan jernih sekiranya kita berterusan begini. Saya ada pendirian saya, minta kalian semua hormat dengan pendirian ini. Saya sayang kalian semua. Terima kasih berada di belakang saya beri sokongan yang tiada henti. Kata semangat yang tak putus. Saya terharu.
Semalam saya merayu kepada akak untuk delete post tersebut, tetapi akak tidak endahkannya
Kepada kak xxx, saya sayang akak. Saya tahu akak akan stand untuk saya, sebab itu saya mengadu dengan akak. Cuma saya tidak menjangka akak akan tulis kenyataan di public post begitu yang mengundang pelbagai reaksi. MashaAllah saya memang sangat terkejut. Saya baru balik dari bercuti di Melaka pada ketika post itu dimuatnaik. Apa pun, saya risau kemungkinan buruk akan berlaku pada rumah tangga kami, lagi-lagi kandungan saya.
Semalam saya merayu kepada akak untuk delete post tersebut, tetapi akak tidak endahkannya dan akak still bertegas tidak mahu delete. Pada saya tidak adil anda semua menilai kami sekeluarga begitu. Suami telah pun mengambil pengajaran atas tindakannya sebelum itu.
Akhir kata, saya mohon kepada rakan semua, hentikan segala tohmahan kepada saya, keluarga dan suami. Sesungguhnya kami belajar dari kesilapan dan kami mohon doa yang baik dari kalian. Doakan bayi dalam kandungan ini cekal dan tabah seterusnya menjadi anak soleh-solehah.
Sumber: Facebook Fnama Fatin
Kredit : OH BULAN