PRAMUGARA MELUTUT DAN PELAN-PELAN SUAP NENEK TUA DALAM PESAWAT DAPAT PUJIAN NETIZEN

Ketinggian budi lebih utama dari ketinggian ilmu kerana ada orang yang angkuh dengan ilmunya walhal pengetahuan tersebut hanya menyesatkan diri sendiri dan orang lain.

Disebabkan sifat angkuh inilah kita dapat lihat ada segelintir individu yang dilihat berjaya sanggup membuang keluarga dan orang tua serta merendahkan orang sekeliling semata-mata kerana anggapan bahawa mereka tidak mempunyai taraf pendidikan sepertinya.

Berbeza dengan ulama terdahulu yang sangat menitikberatkan akhlak seperti Syeikh Abdullah bin Mubarak. Beliau telah mempelajari adab selama 30 tahun sebelum menuntut ilmu (Al-Kafi #862).

Baru-baru ini di negara seberang, Indonesia, ketinggian adab seorang pramugara telah membuatkan ribuan warga maya sebak dan terharu melihat layanannya terhadap seorang wanita tua. Lebih dari sekadar protokol, beliau dengan penuh santun menyuap seorang warga emas yang merupakan penumpang pesawat LionAir berkenaan.

Dalam video dikongsikan oleh Kombas Majan, pramugara itu melutut di sebelah tempat duduk wanita tersebut dan meniup makanan sebelum menyuap warga emas terbabit.

Keikhlasan terpancar di wajahnya yang sentiasa tersenyum dan lemah lembut berbual bersama wanita terbabit. Sesekali beliau mengelap mulut wanita itu dan memperbetulkan tudung yang dipakainya seolah-olah wanita itu ibu kandungnya sendiri. Tingkah laku beliau telah membuatkan hati warga maya terusik lantas mendoakan kesejahteraannya. 

“Dengan orang lain pun begitu, bagaimana dengan orang tua nya. Semoga panjang umur, sihat dan berjaya ya. Amin,” ucap salah seorang netizen.

Syurga buatmu

Sebak dan terharu, moga mendapat ganjaran serta rahmat Allah

Tak kurang juga ada yang terkenangkan ibu bapa masing-masing melihat tindakan pramugara ini. Kemuliaan darjat datang dari kerendahan hati. Semoga kita semua dapat mengikuti jejak langkah pemuda ini.

Sumber: Kombas Majan

Kredit: Siakap Keli