Da’i Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad secara terbuka telah mengumumkan perkahwinan keduanya dengan seorang ibu tunggal anak lapan baru-baru ini. Isu tersebut menarik perhatian ramai netizen sehingga ada pihak mendakwa isteri pertamanya tidak meredhai perkahwinan tersebut .
Malah, pelbagai komen dan andaian memenuhi ruangan komen di media sosialnya. Terbaru, Dai Farhan telah membuat dua laporan polis dan dua tuntutan saman buat ‘si dia’ dan beberapa orang pemfitnah di media sosial.
‘Terlajak Kata Dapat Mudharat’ – Da’i Farhan Lapor Polis & Saman Pemfitnah
Menerusi Instagram Dai Farhan, dia mengucapkan Alhamdulillah sebaik sahaja selesai melakukan dua laporan polis dan dua tuntutan saman buat si dia dan beberapa orang pemfitnah tegar di media sosial.
Menurutnya, beberapa nama pengguna media sosial telah berjaya disenaraikan olehnya untuk tuntutan saman. Pada masa yang sama, dia turut meninggalkan peribahasa terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata dapat mudarat melalui posting tersebut.
KENYATAAN DARI DA’I FARHAN DALAM INSTAGRAM
Alhamdulillah dah selesai smlm..2 laporan polis & 2 tuntutan saman telah dikemukakan buat si dia & beberapa org pemfitnah tegar di media sosial yg telah disenaraikan nama2 mereka ..moga mereka berbahagia selalu..terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata dapat mudharat..smoga ianya menjadi pengajaran buat semua netizen agar menggunakan media sosial secara berhemah dan tidak menyebarkan fitnah yg mengaibkan seseorang – Da’i Farhan
Allah yang pertemukan kami
Sebelum ini, Da’i Farhan telah memuat naik beberapa keping gambar dipercayai bersama isteri keduanya. Berdasarkan kapsyen yang ditulis olehnya, dia dan isteri telah dinikah dan disatukan di Tanah Suci, Mekah. Di dalam posting itu juga, dia turut memberikan penghargaan kepada isteri pertamanya yang tabah menerima hakikat tersebut.
Menurut isteri pertama Da’i Farhan iaitu Fatin, suaminya sudah memaklumkan dari awal hasrat untuk berkahwin. Tambahnya, sebagai wanita tipulah dia tidak kecewa, marah dan stress. Namun, Alhamdulillah sekarang dirinya sudah dapat melaluinya dengan baik. Bahkan, dia menjalini rutin harian seperti biasa dan seronok dengan kerjayanya.
Sumber: Dai Farhan