Beli RM29.90 Lepas Itu Tak Sampai Sehari Jual Balik RM999. Hello Kitty Dari McD Jadi Seperti Harga Berlian

Hello Kitty Carrier dari McDonald yang menjadi viral semalam kini mula dijual kembali di gedung jualan online Shopee dan Lazada pada harga setinggi RM999. Sejak dilancarkan pada jam 10 pagi semalam, ramai netizen berkongsi keterujaan memiliki barang edisi khas tersebut di facebook dan twitter.

Dikatakan ramai yang sanggup beratur panjang seawal jam 7 pagi hanya untuk memiliki set khas daripada McDonald’s ini. Ianya ternyata menarik minat orang ramai untuk mendapatkan set khas yang sememangnya cantik ini.

Untuk mendapatkan set khas ini, anda hanya perlu membeli satu set makanan di McDonald’s terlebih dahulu kemudiannya buat pesanan tambahan Hello Kitty Carrier. Set ini dijual pada harga serendah RM29.90 sahaja.

Set khas ini dikatakan telah habis dijual di serata Malaysia dalam masa sehari sahaja. Seperti biasa, ada sahaja yang membeli set khas ini lebih daripada satu, namun dijual pada harga yang lebih tinggi.

Tinjauan dibuat di aplikasi Lazada dan Shopee, rata-rata set khas Hello Kitty Carrier ini dijual dalam lingkungan harga RM49.90 – Rm 200. Namun ada yang menjualnya sehingga harga hampir RM1000.

Rata-rata yang membeli mungkin berpendapat ia mampu dijual kembali pada harga yang tinggi disebabkan Hello Kitty Carrier keluaran McDonald ini merupakan limited edition. Selain itu, rekaannya yang menampilkan rekaan Hello Kitty yang sememangnya menjadi watak animasi digemari setiap orang sejak zaman kanak-kanak lagi.

DENGAR CITE ADA YANG JUAL LEBIH DARI RM1000.00

Berbaloi ke? Dengar cite yang beratur panjang bukan untuk anak anak tetapi memang nak jual. Siapa yang tak nak beli mahal, lepas ini kena lah rajin rajin beratur.

Sumber : SIAKAP KELI