PELAKON, Adeline Tsen mengakui keberaniannya mengenakan pakaian seksi bukan untuk menunjuk-nunjuk sebaliknya enggan kelihatan tua. Adeline berkata, meskipun usianya sudah menjangkau 33 tahun, tapi masih ramai yang tidak tahu.
“Mungkin saya sudah turun berat badan membuatkan lebih yakin mengenakan baju seksi apabila menghadiri sesuatu majlis. “Lagipun saya tidak mahu kelihatan tua. Penampilan saya ini, ramai yang masih tak tahu sudah menjengah usia 30-an.
“Nak kata terlalu seksi tidaklah juga sebab saya masih menghormati majlis dan mengikut tema. Malah setiap gambar yang dimuat naik masih berpada-pada,” katanya. Menurut Adeline, dia mengakui sudah lali dengan setiap cacian dan kutukan mengenai penampilannya itu.
“Biarlah apa orang nak kata asalkan ayah saya tahu yang anaknya masih sama. Janganlah menilai daripada luaran saja sebaliknya kenal dulu dengan lebih mendalam. “Kalau ada komen keterlaluan di media sosial, saya akan menyekat kerana Instagram kini boleh mengawal setiap komen warganet yang cakap ikut sedap mulut,” katanya.
Jadi mangsa kandungan lucah, Adeline Tsen tidak teragak-agak ambil tindakan jika keterlaluan
PELAKON Adeline Tsen enggan memperbesarkan apa-apa isu yang mnegaitkan dirinya kerana memahami status sebagai seorang selebriti.
Bagaimanapun, Adeline atau nama sebenarnya Adeline Tsen, 32, berkata, dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang menyalahgunakan foto atau video miliknya atau ahli keluarga bagi tujuan tidak baik.
“Mereka ini tak ada kerja… cuma nak viral dan ini adalah salah satu cara supaya orang ramai pergi tengok ke akaun dia. Letak tajuk panas-panas sekali tak ada apa-apa pun. Sekarang dunia viral… headline yang main peranan penting.
“Bila orang ramai klik, mereka dapat banyak duit. Siapa yang pandai dalam IT memang mereka boleh guna cara ini untuk dapat duit. Tapi orang sebegini tak lama sebab duit mereka dapat tak berkat. Yalah, asyik cari kesalahan orang saja. Kalau nak orang klik, biarlah content yang bagus-bagus.
“Kalau terlalu melampau sehingga menyentuh ahli keluarga, saya tak teragak untuk ambil tindakan undang-undang sebagai pengajaran kepada mereka. Saya pun tak mahu drama sangat. Tapi kalau melibatkan keluarga, saya akan ambil tindakan,” ujarnya kepada mStar.
Terdahulu, sebuah video yang memaparkan Adeline sedang makan aiskrim dimuat naik seorang pengguna Twitter menggunakan nama @MPelakon dengan kapsyen berbaur lucah.Hasil pemerhatian mStar juga mendapati selebriti lain seperti Uqasha Senrose, Chacha Maembong, Fatin Afeefa dan Zahirah McWilson turut menjadi mangsa.
Sementara itu, ketika disoal mengenai penampilannya yang dikatakan semakin seksi, pelakon drama Setelah Ku Dimiliki ini berkata, hal itu tidak sepatutnya diperbesar-besarkan netizen.Malah, ibu-bapanya juga tidak pernah melarang atau meletakkan syarat dalam pemilihan pakaian biar pun kelihatan menjolok mata.
“Kalau dah tua nanti saya dah tak boleh nak pakai seksi-seksi. Ia akan jadi pelik. Lagipun dari dulu ibu bapa saya tahu saya suka pakai seksi.
“Kalau pergi ke event-event, saya pakai apa yang bersesuaian. Kalau pergi ke pool kenalah pakai pakaian renang… takkan saya nak pakai baju yang besar-besar?” katanya.
Sumber : MSTAR ONLINE