Roslan Shah Sebak Bila Tiba Tiba Dia Nampak Fasha Sandha Cuci Najis Dan Tukar Pampers Ibu Dia

PENGACARA Roslan Shah memberitahu dia tidak menyangka pelakon popular seperti Fasha Sandha seorang yang berhati mulia.

Menurut Roslan, 49, dia terharu apabila aktres berkenaan sanggup menawarkan diri untuk mencuci najis ibunya yang sedang sakit ketika melawat ke kediamannya di Singapura, baru-baru ini.

“Wanita yang bernama Fasha Sandha yang statusnya seorang pelakon popular… tidak ramai yang tahu sifat, hati dan caranya. Ini bukan rekaan cerita ya. Allah saja yang tahu dan ini bukan untuk memuji caranya kerana datang ke rumah saya.

Roslan sebak di atas kesanggupan Fasha mencuci najis ibunya yang sedang sakit.

“Semasa di bilik ibu saya membuang air besar. Apabila Fasha Sandha tahu ibu saya membuang air besar, dia dengan ikhlas hatinya masuk ke bilik ibu saya dan nak membantu saya basuh dan menukar pampers. Dari situ saya tersentuh dan sebak dalam hati tetapi saya diamkan diri saja,” ujarnya.

Katanya, biarpun bukan ahli keluarga, tapi pelakon itu sanggup melakukan perkara yang disifatkan kotor.

Roslan itu memuat naik sebuah entri bercerita mengenai kebaikan Fasha di laman Instagram miliknya pada Ahad.

Menurut Roslan, dia bagaimanapun tidak mengambil kesempatan di atas keikhlasan pelakon itu sebaliknya lebih selesa menguruskan hal itu sendiri.

Fasha menawarkan diri untuk membantu mencuci najis ibu kepada Roslan Shah.

Kata Roslan, tindakan Fasha itu bagaimanapun benar-benar memberi kesan kepadanya.

“Bagaimanapun saya menghalangnya kerana Fasha Sandha adalah tetamu. Saya dan kakak tercintalah yang menguruskan ibu untuk membersihkan dan menukarkan pampersnya.

“Ini bukan membodek atau memuji melambung. Bagi saya inilah wanita yang waktu susah kita nak cari. Tak ramai yang boleh buat,” tulisnya lagi.

Sumber : MSTAR ONLINE