Isteri Kedua Dai Farhan Akhirnya Bersuara Dan Ia Ditujukan Kepada Isteri Pertama

Rasanya 1 Malaysia sudah tahu tentang kisah rumahtangga Da’i Farhan yang berkahwin lagi satu dan menceraikan isteri pertamanya ketika isterinya sedang mengandung. Perkara ini mendapat liputan luas media terutama di Facebook dan Twitter.

Tapi selalu kita dengar samada belah Da’i Farhan atau isteri pertamanya. Tidak pernah kita dengar apa apa kenyataan dari isteri kedua Dai Farhan. Kali ini isteri kedua bersuara.

Setelah beberapa hari berdiam diri dari isu yang membabitkan dirinya yang berkahwin dengan suami orang sehingga lelaki bergelar ‘Daie’ itu sanggup menceraikan isteri pertamanya, akhirnya doktor berkenaan tampil bersuara mempertahankan dirinya dari segala tohmahan pihak sebelah sana dan netizen.

Melalui kenyataan yang dimuat naik di Instagramnya, Dr Erin Naqim mengatakan dia kesal dengan tindakan sebelah pihak sana (isteri pertama) yang tidak habis-habis mencari salah orang dengan tujuan mengaibkan.

“Ramai dok bandingkan ustaz @daifarhan dengan ustaz-ustaz lain yang berpoligami, yang berbuat baik pada isteri-isteri mereka. Beruntunglah ustaz-ustaz itu mendapat kerjasama dari semua isteri-isteri. Elok jadinya jaga aib sesama sendiri.

“Ini kalau satu pihak je nak bagi elok, pihak yang satu lagi asyik-asyik tak habis-habis mencari salah dan buruk orang, dok korek kisah silam orang nak aibkan orang melalui orang lain, menggunakan orang lain.

“Esok-esok boleh cakap bukan dia yang burukkan, orang lain yang burukkan. Jadi apa-apa nanti, kita jugalah yang jahat. Macam itu ke sifat ustazah yang kononnya solehah? Yang kuat imannya, agamanya? Tetapi bila mai tang hati, habis kelaut jugalah iman dia.

“Memang saya bukan ustazah tetapi saya ada hati dan perasaan sayang sesama manusia. Saya tahu hati dia sakit, bukan saya tak kasihan, saya kasihan sebab itulah saya berusaha mengalah dalam semua hal.

“Tetapi kalau sampai mencabar maruah saya, berkomplot sesama geng-geng ustazah yang konon suci tapi dalam diam buruk perangai tengah plan buka aib orang, jadi batu api dalam keluarga, memburukkan keadaan, waduh.

“Sorry beb, I’m not that type of person. You choose wrong opponent,” tulisnya.

STATUS INI DITANGKAP LAYAR DARI INSTAGRAM ISTERI KEDUA DAI FARHAN

Sumber : The Reporter