Semalam kecoh di media sosial apabila seorang peguam memuatnaik status memaklumkan Da’i Farhan telah menceraikan isteri pertamanya, Fatin dengan talak satu. Lebih mengejutkan apabila wanita itu sedang hamil anak kedua mereka dan lafaz tersebut dibuat menerusi voice note aplikasi Whatsapp.
Terbaru, PU Rahmat respon berkenaan isu kemelut rumah tangga rakan seperjuangannya. Walau bagaimanapun, respon balas itu dipadam oleh PU Rahmat.
Menafikan berada di negara China dan memvkul
Dalam respon balas itu, PU Rahman memaklumkan dia mendapatkan pengesahan dari Da’i Farhan sendiri mengenai status rumah tangganya. Menurutnya, Da’i Farhan akui sudah menceraikan isteri pertama namun menafikan dakwaan yang dibuat oleh peguam itu dimana dia memukul dan sekarang berada di negara China.
Dalam pada itu, PU Rahmat turut menasihati sahabatnya itu agar terus bertakwa kepada Allah. Dia juga berharap agar peguam yang menulis mengenai kemelut rumah tangga sahabatnya itu agar turut bertakwa.
Cerai Isteri Pertama Ketika Sedang Bercuti Di China Dengan Isteri Kedua?
Tidak berpuas hati dengan penafian dibuat, peguam tersebut sekali lagi memuat naik status serta bukti gambar bahawa Dai’ Farhan memang ada bercuti ke negara China bersama isteri barunya.
Saya bertanggung jawab di atas semua fakta yang saya sampaikan. Sebagai seorang peguam, saya dilatih untuk collect, verify and clarify evidence sebelum melakukan apa-apa tindakan.
Malah, peguam itu memaklumkan segala fakta disampaikan adalah benar sebelum dia melakukan apa-apa tindakan. Hal itu sekali lagi menerima kecaman hebat netizen yang rata-ratanya terhibur dengan permainan sandiwara mereka.
Sumber : Asiah Abd Jalil
Kredit: OH BULAN