Memang tidak dapat dinafikan, pengorbanan seorang ibu yang melahirkan memang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Saat melahirkan itu sebenarnya mereka sedang bertarung nyawa berdepan antara hidup atau m4ti demi melihat insan tersayang selamat lahir ke dunia.
Terbaru, seorang wanita dari Medan, Indonesia disahkan meninggal dunia beberapa hari selepas dia selamat melahirkan tiga cahaya mata kembarnya. Apa yang lebih meruntun hati apabila ibu ini meninggal dalam keadaan yang tersenyum.
Mengalami pendar4han, sesak nafas
Menerusi laporan Tribun News, wanita yang dikenali sebagai Rahmadina Nasution atau Dina Nasution itu dikatakan telah melahrikan ketiga-tiga bayinya itu secara normal tetapi selepas melahirkan, Dina mengalami pendar4han.
Menurut Ketua Kampung Suka Makmur, Syarif Nasution menjelaskan setelah dirujuk di hospital, Dina kemudian telah dibawa pulang ke rumah. Namun selepas beberapa hari melahirkan, keadaan kesihatannya itu dilihat semakin menurun sehingga menyebabkan dia mengalami sesak nafas dan meni1nggal dunia di rumah keluarga suaminya, Heri.
Sementara itu, menerusi laman Facebook Heri, dia ada memuatnaik satu status dengan meluahkan rasa sedih dengan kehilangan isteri terscinta serta memohon maaf bagi pihak Dina sekiranya isterinya itu ada membuat salah dan silap. Tambahnya lagi, dengan kesempatan itu juga dia turut meminta orang ramai untuk mendoakan supaya dosa isterinya itu diampunkan dan ditempatkan di syurga.
Dalam pada itu, Heri turut memberitahu bahawa dia ada menerima banyak permintaan daripada orang ramai yang berhasrat untuk menjadikan ketiga-tiga cahaya matanya iaitu Khila, Khira dan Khina sebagai anak angkat tetapi permintaan itu ditolak oleh Heri. Baginya, mereka merupakan harta dan anugerah terindah yang ditinggalkan oleh isterinya itu. Tambahnya lagi, dia sendiri akan membesarkan ketiga-tiga orang puterinya seperti apa yang telah diamanahkan oleh Tuhan kepadanya.
Sumber: Tribun News, Facebook
Kredit : OH BULAN