Aktres jelita Wawa Zainal berkongsi hasrat suaminya, Aeril Zafrel yang menginginkan seorang lagi cahaya mata untuk mencukupkan empat.
Kata Wawa, suaminya itu berkehendakkan cahaya mata lelaki pula selepas Ayya Soffya yang dilahirkan pada awal Disember lalu.
Walaubagaimanapun, Wawa berdepan pengalaman menyakitkan ketika bersalin anak ketiganya baru-baru ini.
“Tak sangka dah ada tiga orang anak. @aeril_zafrel minta dia nak tambah satu lagi anak lelaki.
“Tapi ingatkan kesakitan nak beranak tu ya Allah kali ni beranak paling tak boleh lupa.
“Sakit dia betul-betul hujung nyawa rasa tapi bila si kecil ni keluar lega dia tu subhanallah..
“Lain anak lain pengalamankan? Tapi kata orang beranak bayi perempuan sakit dia lain macam betul ke?” tulisnya di Instagram.
Aeril dan Wawa berkahwin pada tahun 2013 dan dikurniakan tiga orang anak, Ahmad Fakhruddin Attar, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, dan Ayya Soffya.
Wawa baru sahaja memasuki hari ke 16 berpantang selepas melahirkan Ayya pada 1 Disember yang lalu.
KENYATAAN PENUH WAWA ZAINAL DI IG
Tak sangka da ada anak 3 dua ketul tu@aeril_zafrel request dia nak tambah 1 lagi lelaki .. tapi igt kan kesakitan nak beranak tu ya Allah kali ni beranak paling xbole lupa.. sakit dia betul2 hujung nyawa rasa tapi bila si kecil ni keluar lega dia tu subhanallah.. lain anak lain experiences kan? Tapi kata org beranak baby girl sakit dia lain macam betul ke??
Sumber : GEMPAK DOT COM