Sebak hati kami baca perkongsian lelaki ini yang alami masalah lutut tidak dapat dibengkokkan selepas kemalangan jalan raya. Lebih menyedihkan apabila dia berasa terkilan tidak dapat sujud pada sang pencipta alam. Luahan ini buat ramai sebak dan insaf. Kita doakan agar lelaki ini diberi ketabahan dan kekuatan.
Tak boleh bengkok lutut kanan
Kali terakhir saya dapat merasa sujud seperti orang ramai adalah pada 10th Feb 2017 di Masjid Dato Haji Kamaruddin Seksyen 51A Petaling Jaya. Tiga jam selepas itu saya kemalangan dilanggar kereta dan saya sudah cacat kekal dan tak boleh bengkok kan lutut kanan buat selamanya.
Sejak dari itu saya hanya sembahyang sambil baring, mengiring dan akhirnya duduk di atas kerusi. Pernah bila tak ada kerusi di satu-satu tempat saya duduk jugak lah kat atas apa pun. Saya pernah duduk atas tangga, atas pasu bunga dan pernah duduk atas tingkap (Masjid Tokyo Camii di Jepun).
Susah solat bila Allah tarik nikmat
Pernah jugak lansung tak ada benda nak duduk saya hanya bersandar sambil mencangkung macam leg day punya training tu. Bukan saya nak mengeluh, tapi saya cuma nak berkongsi kepada anda bagaimana susahnya nak solat bila Tuhan dah tarik nikmat kesihatan. Yang lebih menyedihkan, bila dah tak boleh nak sujud ni, kita teringin rasa nak sujud.
Teringin nak sembah Allah, nak letak kepala kita di lantai. Nak bagitahu Dia kita sayang kat Dia, kita takut kat Dia. Menyesal dulu tak sembahyang banyak-banyak. Saya harap kawan-kawan tak jadi macam saya. Solat lah sementara ada peluang. Sujud lah sementara boleh ni.
Allah SWT bagi peluang kedua
Saya dah merasa hidup dalam wad lama, dan bila saya sembahyang, orang yang tengok saya sembahyang dia pun teringin nak sembahyang jugak. Bila kita baca Quran dia cakap sedap. Padahal saya baca tak sedap pun. Saya tahu mereka rindu nak baca Quran tapi tak reti. Nak sembahyang tapi dah terlambat. Kalau dah sakit baru nak start sembahyang memang susah.
Dah terlambat sangat. Kami semua yang dah merasai kesakitan ini sekarang dah tahu erti penyesalan. Tapi kami masih belum terlambat kerana Tuhan dah bagi kami peluang kedua walaupun bukan semua yang dapat. Harapan kami agar anda tidak perlu lah menunggu hari tua baru nak mula sembahyang.
Sumber : Joe Bundle
Kredit: OH BULAN